March 29, 2024

14 Sudah 16 Menanti

14 Ramadhan.

Tidak berlalu begitu sahaja dalam hidup bro. Tetap ada pengertian dan juga pengisian dalam hidup bro.

Bro sempat menghadiri majlis pengebumian.

Dari saat jenazah di kafankan sehingga ditalkinkan.

Hampir menitis air mata bro. Melihat bertapa jahilnya masyarakat setempat. Sedangkan perkara ini adalah fardu Kifayah keatas diri mereka.

Masing-masing was-was dengan apa yang mereka lakukan.

Ada pula yang mengikut kepala sendiri.

Mungkin itu cara mereka. Bagi mereka, asalkan benda selesai sudah mencukupi.

Rasanya tindakan Fahmi Mahat menegur, ada satu tindakan yang bagus. Bagi membuka mata masyarakat di sana.

Kalau tidak, laknat keatas jenazah tue.

Rasanya tidak perlu la kita mencanang cerita murtad, itu ini disana disini. Sedangkan isu dalaman kita perlu diutamakan.

Jika benda ini diselesaikan,

Rasanya, isu murtad mungkin tidak wujud.

Fikir-fikirkan

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “14 Sudah 16 Menanti

  1. alhamdulillah~ masih ada yang prihatin.. semua yang berlaku tertunjuk kerana amalan si arwah ketika hidup.

    Sabda Nabi SAW:-
    ?? ??? ??????? ??? ???? ????? ??? ???? ??? ????? ??? ???? ??? ?????? ??? ??? ??????? ? ??? ??? ??????? ??????? ..
    Bermaksud : Barangsiapa yang menyaksikan jenazah serta turut menyembahyang- kannya diberi pahala satu Qirat. Dan barangsiapa yang menyembahyang jenazah hingga mengebumikannya diberi pahala dua Qirat.

    #sekadar berkongsi.

  2. Itulah, memang ramai sangat yang ambil mudah tentang ini. Dekat kampung pn kaum org lama dah makin sikit, yang muda2 entah kemana. Takut pulak bila fikirkan 20 tahun akan datang mcmana.

    1. orang muda ramai yang kurang berminat..

      Memang jelas kelihatan kekurangan di sini. Susah nak digambarkan 20 tahun akan datang, jika kekuatan umat islam masa kini sebegini

      Moga diberi pertunjuk olehNya supaya kita tidak pernah lupa fardu khifayah yang diamatkan kepada kita

  3. soal pengurusan jenazah ni bukan perkara ringan.. tak betul caranya, kt pulak yg kena menjawab..sbb tu perlu dalam satu kawasan/kariah tu ada org yg tau cara pengurusan jenazah dgn btul.bukan main tangkap muat dan ikut rasa..

    papepun. ambik iktibar la bt kita yg msih sihat ni.

Leave a Reply to reena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *