March 29, 2024

[Tazkirah] Alhamdulillah.. Ini Rezeki Untuk Hari Ini


“Alhamdulillah,

Ini rezeki hari ini buat kami sekeluarga.”

Pernahkah anda berkata sedemikian pada diri anda?

Atau hati anda berbisik kecil, buat kerja separuh mati tetapi gaji pun tak cukup bulan-bulan.

Jika ini terjadi.

Cuba tanya diri anda sendiri. Pernahkah anda :-

  • Ikhlas menjalankan kewajipan anda tanpa merunggut dengan majikan anda
  • Menunaikan solat sepanjang tempoh anda berkerja
  • Menjalankan tugas dengan adil dan cekap
  • Gunakan gaji anda untuk bersedekah
  • Dan yang penting sekali, anda solat subuh dan doakan rezeki anda tak sebelum anda bersiap untuk berkerja

Fikir-fikirkan.

Bicara Bro : Ini getah yang bro dapat pagi tadi. Walaupun sikit, tetapi berbaloi bila melihat hasilnya.

Dari hasil ini,

Rezeki kami sekeluarga, Rezeki pekerja indon bro, Rezeki peraih getah, Rezeki tuan tanah yang memajak kebunnya.

Bagaimana dengan rezeki anda?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

33 thoughts on “[Tazkirah] Alhamdulillah.. Ini Rezeki Untuk Hari Ini

    1. sama-sama…

      tazkirah biasa2 je.. mana yang terlintas di fikiran bro.. itu yang bro kongsikan

    1. ada je yang cakap cam tue,

      sebab yang makan gaji nie yang kenkadang merunggut lebih sikit..

      jika tidak, itu maknanya.. anda memang perkerja yang bersyukur :)

    2. bro cam tue gak.. masuk hari nie.. keluar bagi pada mereka yang layak :-
      – PTPTN
      – TNB
      – TM
      – etc huhuhu

    3. huhu termasuk sekali susu , pampers , tuisen , ngaji ahaha.. nk wat cam ne lah bro merungut cam tu jugak . kalau tk usaha kan .. terima je lah .. dn usaha

    1. membayar zakat juga mampu membersihkan jiwa dan juga rezeki yang diperolehi

  1. rezeki cik pulau hari ni dapat makan nasi sebungkus…
    bangun2 tengok sume orang dah takde kat umah..
    hanya ada nasi sebungkus..

    yang lain dah keluar dari pulau..
    tinggal lah di pulau sensorang.hohoho

  2. aku taktau la nape orang makan gaji ni (macam aku) selalu diperli sedemikian rupa…

    erm..mungkin taktau situasi sebenar membuatkan ramai beranggapan negatif bukan?bila ada yang bercakap secara sinis tu, membuatkan yang lain terasa..

    sebab dalam perkhidmatan awam, mereka sentiasa dibebani dengan tanggungjawab..beban tu berat sebenarnya..amanah tu kena pegang..tapi yang taktau bersyukur tu la yang membuat segelintir melencong dari matlamat sebenar seorang penjawat awam..

    tahniah atas kurniaan rezeki..jgn lupa kira untuk byr zakat pendapatan…tak semua rezeki kita dapat ni 100% bersih…:D

    1. yup betul tue… zakat tidak dilupai..

      jika point yang bro nyatakan diatas tue ade,, event makan gaji 500 sebulan pun terasa cukup :)

  3. Pengakuan ikhlas..saya penah alami situasi nie. Masa kecik2 dulu..abah ngn mak mmg penoreh getah. Selalu jugak ikut g menoreh pagi2 buta. Dgn nyamuk bagai. Bau busuk. Tapikan..duit hasil dari jual getah tue..xde bau busuk pun.

    1. :)

      Bro xkisah pun. lagi senang dari makan gaji.. dibayar untuk dimarah dan dipersalahkan :)

      Bro lebih selesa cam nie

  4. Rezeki yg diperoleh dengan sedikit kepayahan dan kesulitan biasa nya adelah mencapai tahap kepuasan tertinggi dgn hasil yg diperolehi…

    Suka tengok anak muda mcm bro sanggup ke ladang walaupun memiliki pilihan yg lebih luas dgn ijazah yg dimiliki…

    p/s : rasa mcm tulis rencana pulak hihi

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *