March 28, 2024

Peguam Terkemuka – Raja Aziz Addruse Meninggal Dunia

Raja Aziz Addruse antara peguam terkemuka dan paling disegani di Malaysia telah meninggal dunia pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam di kediamannya di Bukit Tunku.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Baru-baru ini, Raja Aziz, yang berasal dari Chemor, Perak, mendapatkan rawatan di Singapura kerana penyakit berkaitan kanser dan dilaporkan beransur pulih.

Keadaan kesihatan Raja Aziz tiba-tiba merosot beberapa hari lalu dan beliau mengunjungi peguam terkenal itu dua hari lalu.

Jenazah Raja Aziz akan disembahyangkan di Masjid Bukit Kiara sebelum Zuhur hari ini dan akan disemadikan di tanah perkuburan berhampiran.

Peguam tersohor ini diberi kepercayaan menjadi Presiden Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu bagi penggal 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.

Bicara Bro : Al-fatihah buat arwah

Tertiba terfikir. Siapa bro dimasa akan datang. Bro bukan nak kejar populariti.

Cuma nak tahu siapa bro pada orang lain. Bro tak nak masa bro menghembus nafas terakhir, masih terngiang-ngiang desas-desus yang buruk pasal bro.

Mulut tempayan boleh di tutup. Mulut manusia?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Peguam Terkemuka – Raja Aziz Addruse Meninggal Dunia

  1. Al-Fatihah untuk arwah dan semoga keluar Allahyarham tabah menghadapai ujian dari Allah…
    bro adalah seorang blogger di mata semua blogger..apa yang aku merepek ni..haha

    1. selagi internet tidak putus sambungannya mungkin ? selagi tu kita akan terus menyumbang dan mencatatkan sesuatu di dunia maya ni.

    1. manusia bukan suka mencari kebenaran…

      tetapi suka mencari sesuatu yang seronok dicanangkan

    1. org camni bro…semakin kita terasa dengan kata-kata diorang semakin mejadi-jadi diorang tu. Jadi elok diamkan diri je…one day akan kena balik kat diri diorang tu

      What goes around comes around

    1. darjat tetap sama… cerita yang dibawa orang tetap berbeza..

      nanti cammane roh kita nak tenang.. jika cerita buruk pasal kita dok dicanang2 lagi didunia…

Leave a Reply to puteri kasih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *