March 29, 2024

Hiasan Kotak Rokok Akan Dingerikan Lagi

Ada-ada je agenda kerajaan dalam memastikan sesuatu kempen berjalan lancar dan mampu memberi kesedaran kepada rakyatnya.

Jika dulu,

Harga rokok dinaikkan dari semasa ke semasa.

Kesannya tiada, cuma kesan pada pertambahan cukai dan keuntungan pada negara sahaja bertambah + dengan harga minyak sekali.

Kemudian,

Kotak rokok mula di hias dengan enam imej penyakit kronik iaitu kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin

Tetapi tetap juga tiada kesannya.

Sebabnya,

Perokok siap boleh pilih nak imej apa kotak rokoknya.

Contohnya,

“Mamak, bagi Dunhill 20.. Merah tau.. Bagi kaki punya”

He…23x kan boleh mintak.

Kemudian, mereka hanya perlu amik marker bagi menarikan lagi imej yang sedia ada. Supaya mereka tengok pun mereka rasa macam seronok.

Dan ada sesetengah mereka.

Beli siap transfer ke kotak yang lain. Kotak tersebut lagi la nampak elegent dan lebih macho jika di bawa ke mana-mana.

Dengar cerita dari kerajaan,

kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Bicara Bro : orang merokok pada rokoknya bukan pada kotaknya.

Apa kata hiasi batang rokoknya dengan imej-imej ini. Jangan sekadar spend duit rakyat untuk sesuatu yang tidak mampu memberi kebaikan pada rakyatnya.

Susah-susah je. Haramkan terus.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Hiasan Kotak Rokok Akan Dingerikan Lagi

    1. Cuma upkan je la racun or toksik dalam rokok tue.. baru cepat sikit mati he..23x

      Xpun buat iklan

      “Pahala dah banyak sangat ke nak dibawa mati” he..23x

    1. seludup tetap ada kan…

      lagi-lagi la kelantan antara negeri pengeluar utama tembakau

  1. kalau dah tegar, letak apa pun apa nak heran???

    “Tu bukan paru2 aku”, “Tu bukan kaki aku”…

    Kotak tu bukan objektif mereka si perokok…

    Candu di dalam kotak yang digemari ramai…

  2. kalau macam 2 haram kan saje penjualan rokok di malaysia nie… tapi jangan takde terus…. buat secare peringkat-peringkat la… hehehe.. sebab nak berhenti rokok nie bukan boleh berhenti terus… kena sikit2 dulu…

  3. sengeri-ngeri mcm mn pon design kotak rokok aku rasa tak dpt menghalang keinginan seorng perokok tegar. ada image sebegitu pon aku tgk penjualan rokok kat malaysia ni mmg laris cam goreng pisang

  4. haiishh..yg skarang pun dah ngeri, camana lagi nak dingerikan lagi..hadeeehh..

    btol tu bro..diorg mrokok kat rokok tu bukan kat kotak..kalau dah namanya prokok tegar, bt la mcm mana pun takkan ada kesan gak kat diorg.

  5. Nak wat camane, tembakau kan sumber pendapatan negara.. tapi klw haramkan terus, menteri2 nak hisap apa? hehehe

Leave a Reply to RerameUngu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *