April 16, 2024

Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3 Dari Bank Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan siri ketiga bagi syiling Malaysia.

Dan ianya akan berada diedar mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen bagi menggantikan duit syiling sedia ada.

Dimana syiling siri kedua telah diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.

Menurut kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia,

Motif dan reka bentuk corak duit syiling ini memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini.

Syiling baru ini juga lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

Ciri-ciri duit syiling siri ketiga:-

  1. Syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak
  2. Syiling 20 sen dan 50 sen berwarna emas
  3. Mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya.
  4. Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum.

Motif dominasi pada setiap syiling:-

  • 5 sen bermotifkan sulur kacang
  • 10 sen bermotifkan bunga melur
  • 20 sen bermotifkan anyaman orang asli. Ia juga memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan
  • 50 sen bermotifkan kain tenunan destar sigar mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.

Pada bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu:-

  1. Bunga raya (bunga kebangsaan)
  2. Angka yang menunjukkan tahun penempaan,
  3. Nilai muka duit syiling
  4. Perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.

Sempena ini, Set syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 akan dikeluarkan secara berperingkat.

Dan ianya akan dijual pada harga RM10 bagi setiap set di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara juga akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baru pada September ini.

Bicara Bro : Macam pelik pula tengok bentuk syiling 50 sen.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3 Dari Bank Negara

  1. Selamat pagi. Uish… canteknya design baru duit syiling ni. Waa.. tak sabar nak memilikinya. yang emas tu. tu yg tersgt2 menarik. kaya, kaya, kaya.. :)Mmg patut pun beza2kan. Kesian nenek sy da tua tak dpt bezakan. ni berapa, ni berapa. haish..

    1. selamat pagi Liyana :)

      Memang nampak cantik… ukiran pula makin halus..

      ala warne je emas… tapi bukan emas. Kalau emas, gadai pun best..

      tak pun, kumpul dan tanam buat harta ahmad albab yang punye.. eh harta karun huhu

    1. Tau xpe,

      Ke mereka tak kaji benda ini awal-awal…

      Macam kes duit RM50 dulu… ATM Bank pun susah nak terima kewujudannya…

      Sedangkan perkara ini yang perlu di titik beratkan.. Jangan buat sesuatu yang menyusahkan orang lain sehinggakan terpaksa mengeluarkan kos yang terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat

  2. canti design die..siap ada motif kraftangan ( ceh ceh mentang2 keje kraftangan Malaysia ) hehehe…x kisah la bank negara nak wat version baru janji x dtgkan masalah kepada pengguna..lagi satu ciri keselamatan tu yg penting sekali..bro jemput dtg blog tgk baby aku bro….

    1. puji ada makna nie he…23x

      hope cam tue la…tp cam dh menyusahkan vendor je nie…

      baby mu laki ke perempuan, ke xboleh nk view lagi

    1. motif untuk memudahkan golongan kurang upaya membezakan duit syiling…

      ke duit syiling 50sen sama saiz dengan 20sen he..23x

    2. ha, tu la pasal.. kalo sama ok la bt camtu kan..

      tpi tgk gaya syiling 5 sen & 10 sen tu pun cam dekat2 je saiznya..amacam pulak..

    1. akan digunakan tahun depan 2012.Memang best kalau kumpul,saya dah kumpul 1 set duit syiling keluaran pertama(1967-1988) dan kedua(1989-2011) tapi tak lengkap sebab ada yang susah dapat,beli pula harganya mahal.

  3. It is nice and beatiful, as one of the cash-handling vendors, we will face a problem in sorting the present 20 sen coin mixed with the new 50 sen coin, because both coins having the same diameter, the problem can be solved if BNM can withdraw all the present coins after the new coins are in ciculation.

    1. belum dapat dikenal pasti lagi… risau ada prob pada penggunaan duit syiling 50sen je nanti

    1. bro tunggu raya nie je… nk tukar duit dekat bank…

      then hulur duit syiling je as duit raya… pemurah x bro..??

Leave a Reply to cik panadol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *