March 29, 2024

Bila Orang Muda Tidak Menghormati

Dalam hidup ini,

Perlu ada asas dalam memastikan masyarakat hidup bermuafakat dengan adanya sifat hormat menghormati.

Bro saja je buka cerita pasal ini.

Cuma tergerak hati bila membaca komen anonymous yang dilontarkan di blog bro.

Tiada langsung etika langsung dan bila 2-3x baca, macam tiada pedoman hidup pun ada juga.

Umur pun masih belas-belas,

Tetapi ayat yang dilontarkan menyatakan ketidak puas hatian beliau terhadap bro. Apa yang bro buat?

Ke ada yang bro perkatakan terkena batang hidung sendiri. Siapa tahu kan.

Bro pun tak tahu bagaimana nak wujudkan sifat hormat-menghormati. Adakah kita perlu ada,

  1. Kedudukan dalam masyarakat
  2. Keyataan duniawi
  3. Pangkat dan jawatan
  4. Tahap pendidikan
  5. Kekuatan dan kekuasaan
  6. Memiliki sesuatu yang orang lain tiada

Baru boleh dihormati dan disanjungi.

Bagi bro, cukup la hormat menghormati mereka yang lebih berumur, lebih berilmu dan pandai menjaga amalannya.

Dan dalam masa yang sama,

Perlu juga menghormati mereka yang lebih muda, turunkan ilmu pada yang memerlukan dan bimbing mereka untuk beramal sama.

Fikir-fikirkan & selamat beramal.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Bila Orang Muda Tidak Menghormati

    1. tapi sekarang nie macam tiada sebabnya… xde pun sifat2 cam tue…

      adakah itu bermakna hilangnya ciri2 kemelayuannya..??

    1. malas nak cakap lebih-lebih, tengok-tengok die terbaca entry nie.. makin sentap pula die nanti

  1. sy rase sesiapa yg lebih tua wajib di hormati even kdang2 kite menyampah dgn sikap2 mereka

    dlm bidang ilmu pula hormat mereka yg lebih berilmu/berpengalaman

    saling hormat menghormati baru la dunia aman sket….

    1. kadangkala orang tua pun menyampah juga dengan perangai orang muda..

      dalam bidang ilmu pula memasing nak menunjuk kepandaian memasing

    1. bro memang abaikan pun… tapi golongan cam nie perlu gak diamik perhatian…

      dorang nie kekurangan kasih sayang kot he…23x

  2. Dalam hidup ni kne la hormat menghormati antara satu sama lain..tak kira la tua ke muda ke…kalo kite tak hormat org,mcm mane org lain nk hormat kita…

    tak salah kita hormat org dan tak salah kita berbudi bahasa dgn org…sbb kita kan dipandang tinggi dek kesusilaan kita tu…tp org yg tak tau nk mnghormati dan tak tau berbudi bhasa tu cuma akan di keji dan di caci org lain…

    Marilah kita saling hormat-menghormati…

    Sekian :)

    1. terima kasih buat uztazah pana kerana sudi berkongsi nasihatnya..

      insya’lah kita akan berjumpa lagi dalam rancangan “Manisnya Kurma Ini” di masa dan waktu sama minggu depan

  3. SALING MENGHORMATI

    bila dah saling tu tak kira la tua, muda, berpangkat, tak berpangkat, kaya, miskin kena ada sikap hormat menghormati tu..

    pegang satu je. jgn mengharap org utk hormat diri kita, sedangkan kita tak reti nak hormat org lain.
    secara ringkasnya.. “What you give, you get back”

    :) peace (n_n)\/

Leave a Reply to afiq aiman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *