March 29, 2024

Kahwin Percuma Buat Warga Terengganu


Berita baik buat warga Terengganu yang ingin berkahwin tetapi masih belum mampu.

Anda boleh kahwin secara percuma dengan hanya menulis karangan. Bukan dengan tangkap basah.

Anda hanya perlu siapkan karangan bertajuk ‘Kenapa saya layak dipilih…‘ tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan majlis perkahwinan anda dan pasangan mungkin ditaja sepenuhnya.

Itu antara syarat yang ditetapkan pihak penganjur kepada semua bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Berdasarkan karangan itu kelak, pihak penganjur akan memilih 10 pasangan bertuah

Syarat-syarat untuk menyertainya:-

  • Terbuka kepada mana-mana pasangan yang belum pernah berkahwin.
  • Mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  • Berusia tidak kurang daripada 21 tahun.
  • Bermastautin di Kuala Terengganu.

Borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas di sini dan karangan perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.

Majlis akad nikah untuk program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Kahwin Percuma Buat Warga Terengganu

    1. rugi betul kan???
      kenapa dia tak centralised kan???
      Maksudnya program ni di buka utk semua negeri tanah melayu hehehehe…banyak la peluang org dirikan masjid…

    1. he..23x tau xpe huhuhu

      yang menyusahkan bukan kerajaan itu sendiri,. tetapi yang fanatik sampai menyusahkan orang lain

    1. dah lebih had umur…?? lebih cam mane ek..??

      bukan ke die xnak yang umur bawah 21 tahun

Leave a Reply to woot woot Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *