April 25, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 9] Indah Tajuk Dari Isi Blog

Luahan hati seorang blogger telah masuk part ke-9.

Kali ini mengenai isu yang selalu dipermainkan dan disalah gunakan oleh sesetengah blogger.

Bukan nak mencari publisiti tetapi nak mendapat trafik yang tidak berkualiti untuk datang ke blog mereka.

Tak salah nak buat tajuk gempak atau meletup dan mampu menarik sesiapa juga datang ke blog anda.

Tetapi, anda kena juga pastikan isi kandungannya gempak seperti tajuknya.

Tak salah nak bermain dengan SEO ataupun keyword. Itu hak anda, dan ianya blog anda.

Tetapi seperti anda, blog anda juga mempunyai maruah. Sedangkan anoys berdehem pun korang dah melenting inikan pula korang sendiri yang menjatuhkan marah blog anda sendiri.

Ramai yang tanya,

Bagaimana Bro boleh bertahan dan lama berblog selama ini?

Pendek je jawapan bro,

Blog ini merupakan harta dan kerjaya bro. Bro daftar blog ini under nama syarikat bro. Bukan semata-mata nak menunjuk atau berlagak.

Tetapi di sini la bro menjana duit, berkongsi pandangan dan pendapat bro sebagai penceramah bebas [kerjaya nie], dan blog bro ini mewakili bro di alam maya.

Seperti mana bro di dalam blog, sama juga di facebook atau pun di alam realiti ini.

Tajuk Gempak Isi hampeh

Kenapa perlu mencari trafik dengan tajuk yang gempak-gempak.

Blog kita bukannya surat khabar yang perlu memastikan jualan mereka mencapai target harian mereka.

Tiada gunanya jika trafik kita mencacak hari ini.. esok lusa tulat trafik nak naik pun segan mati tak lalu. Perlu ke begini?

Jika anda ingin meletakan diri diantara blogger profesional ataupun mereka yang betul-betul serius dalam berblog. Anda create jenama dan identiti anda sendiri.

Tak salah nak meniru,

Asalakn bukan copy paste. Itu ciplak, bukannya meniru.

Sampaikan ada sahabat bro mengatakan,

Tengok tajuk dah tahu isinya berkualiti atau tidak

Wah, jika anda mampu buat macam nie, bro tabik spring sama korang.

Tidak ramai blogger yang mampu buat sebegini. Dan tidak ramai yang sedar bahawa cara ini dapat menjana trafik berkualiti dan menarik ramai pembaca untuk setia membaca blog anda.

Bagaimana nak jana trafik sedangkan hari-hari blogwalking

Blogwalking tidak menjamin trafik anda akan bertambah. Tetapi trafik mereka yang akan bertambah, sebab anda datang ke blog mereka.

Mereka mungkin akan datang memabalas kunjungan anda.

Tetapi, jika mereka melihat blog dan isi kandungan anda tidak menarik perhatian [+ lambat loading + berserabut + tertibe ade lagu kuar], insya’lah mereka tidak akan berminat nak masukan blog anda dalam senarai blogwalking mereka.

Tak percaya..??

Bicara Bro : Entry ini merupakan entry ke-10 under segmen “Luahan Hati Seorang Blogger” Hope dalam tahun ini bro mampu target sehingga 50 entry untuk segmen ini.

Segala yang bro ceritakan di atas based dari pengalaman bro dan pengalaman rakan-rakan blogger yang dok meluahkan hati dan perasaan mereka kepada bro.

Iklan : Ada contest menarik- Lays & Contest Dari Perodua – RM10k [klik if nak tahu :)]

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 9] Indah Tajuk Dari Isi Blog

    1. Dekat atas kotak pun boleh, if nk olahkan isi kotak pun boleh, tiada masalah

  1. hohoho..sy ni plak jenis tak reti nak bagi tajuk entry..puas la memikirkan, smpaikan ada masa isi dah tulis, tp tajuk tak jugak da…acane tu bro? ada tips ke cane nak bagi tajuk entry…hehehehe

    1. Sebab tue kena tahu apa yang kita tulis dalam entry.. pastikan point berelated baru kita dapat kaitkan dgn entry..

      Lagi satu jangan campur adukkan 2-3 benda yang berbeza dlm satu entry

    2. lebih elok.. asaingkan… sekurang2nye dapat gak 2-3 entry…

      tetapi pastikan 2-3 entry tersebut tidak di publish dalam masa terdekat….

      biar la ade selang masa dalam sejam dua jam

      if rase xde masa nk online.. boleh set entry tersebut sebagai schedule post…

      kita setkan masa untuk dia publish.. bila sampai masanya dia akan secara automatik terpublish

      kan mudah :)

    3. haa, tul la jugak tu..thanks bro..:) kekadang bkn takda ms online,..ada jek, tp nak menulisnya tu kekadang idea dah kelaut..walaupun point dah ada kan..hahaha

  2. alamak…mmg ada juga yg terkena kat batang hidung sendiri…

    betul juga apa yg bro kate tuh…kalau asyik kita tumpukan BW saje..rasanya tak membantu utk beri kita traffik yg konsisten…jd kena belajar juga teknik2 SEO ek bro?

    pssst…kalau tajuk saje gempak, mmg insyaAllah dah tak dtg dah nanti.. ;p

    1. Memang akan kena.. dh namanya pun luahan hati seorang blogger n bendanya pun berkaitan dengan blogger n yang bace blog bro pun adalah blogger..

      Mahu xterkena he…23x

      Yup seo perlu ada.. if pakai blogspot, ianya tidak banyak membantu kita dalam menjana SEO terbaik.

      Jangan nak gempak je, nanti jadi isu gempak pulak, tertibe kite meroyan bila ade orang dok labelkanblog kita sampah

    2. hahhaha83x….

      kalau dah kena, cepat2 sedar…kang bila dah dibakulsampahkan…ade yg meroyan macam bro cakap tuh…keh3…

    3. Tapi mmg ramai yang meroyan huhu..

      Nie nk bagi ketuk biar sedar huhu if xsedar gak xtau la kan

    1. Yup.. betul tue zamir.. dan ianya membuktikan bertapa matangnya penulis blog tersebut + kandungan blog itu

    1. Trafik je masuk.. tapi kualiti blog atau nama blog itu akan tercemar

      Dan mungkin juga, pembaca pun agak kureng berkenan dengan penulis blog tersebut

      Alang2 baik buat blog lucah

  3. Bukan senang nak tarik pembaca tetapi jika guna pendekatan spt ‘tajuk gempak isi hampeh’ pun tak menjadi jugak bila pembaca terasa tertipu bila dtg ke satu2 blog tu. Terlalu mengejar SEO tp hati pembaca tidak dijaga,tu susah jugak. Berpada2lah bila menulis tajuk. Terima Kasih

  4. yelah.. betul tu. yang penting isinya. Bg saya pulak, mmg x berapa ada masa nak blogwalking, tp sy suka menulis. mmg tak byk reader pun coz tak byk masa nak promosi. ke brader ada tips utk org yang buat2 bz cam saya ni.. heheh.. (suke menulis tapi hasilnye pun x seberapa sgt….heheh)

    1. Bro pun suka menulis, menulis dan menulis.. isi yang bro kongsikan di blog kenkadang bro masukkan dalam talk dimana2 ceramah yang di invite…

      Bro sendiri pun tidak sempat nk berblogwalking,

      Cara terbaik, baiki penulisan, cari loyal reader.. insya’lah akan ada yanh setia dengan blog kamu :)

      If masa xmengizinkan, just balas kunjungan dari blogger lain yg singgah di blog kamu

    1. Tajuk biar la dtg dari entrynya.. bukan fikir tajuk, kemudian baru fikir isinya..

      Biar tajuk jelas dan mudah difahami

    1. Ada banyak cara untuk buat duit…

      Sebab tue kita jangan terkejar2 trafik, semata2 nk kan pendapatan yang tidak seberapa..

      Takat 20-30 je dapat dari trafik yg kita dok separuh mati mencarinya..

      Baygkan kalau kita sewa ruang iklan.. seketul rm20, dpt 2-3 orang nk mengiklan.. dh berapa banyak kita dapat. Fix lagi, bukannya bergantung pada jumlah trafik yg kita dok kejar2 tue

    1. Buat entry dulu, dan kaitkan dengan isinya dalam memilih tajuknya

      Tak susah mana jika isi yang kita sampaikan straight to da point

  5. bro… kalau tajuk da set… tapi biler time tengah tulis tu tetiba ada sikit yang lari dari tajuk.. 2 macam mana?? susah nak kawal la pulak.. nak buat entry yang straight to the point 2 susah nak capai la.. selalunyer kalau nak tulis mula2 2 macam tak ada idea.. bila da tulis tengah2 banyak pulak yang rasa macam nak tulis… sampai berjela-jela.. sesetengah orang tak suka baca entry panjang2 kan?? boleh tak kalau bro bagi tips untuk mulakan mukadimah entry 2… sebab masalah faten susah nak mulakan entry lepas2 susah nak berhenti… kadang2 bila tersedar yang panjang snagat menulis 2 baru terkapai-kapai cari point nak berhenti…

    komen pon panjang jugak nie… hmmm…

  6. selalu mute kan speaker bila blogwalking. kalau tak boleh pening jadinya.

    memang tajuk penting tapi isi entrinya kenalah sepadan dengan tajuk.. kalau tak nanti orang akan lari sebab tahu kita gila trafik… huhuhuh

Leave a Reply to cik dara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *