March 29, 2024

Detik Pertama Bertemu Si Dia Bro

Pagi tadi terdengar kat Hot Fm,

Detik pertama bertemu pasangan, membuat bro terimbat kembali kenangan lama.

Lama la juga kenangannya.

Semasa bro berada di tingkatan 6.

Bro merupakan salah seorang yang paling susah nak jumpa di sekolah dan mempunyai rekod tiada di sekolah yang tertinggi berbanding dengan yang lain.

Time tue pertama kali bro masuk ke kelas selepas tamat Sirkit Memanah Remaja Kebangsaan di Kedah.

[Bro seorang yang aktif dalam sukan dulu]

Bro masuk kelas je, terus ada seorang pelajar perempuan menegur bro.

Time tue semua budak kelas melihat aksi kami. Besa la, sekolah bro semua lelaki. Tingkatan 6 sahaja ada perempuan. Lagi-lagi bro merupakan insan yang susah nak kelihatan di sekolah mahupun di dalam kelas he..23x

Dia : Awak syukri kan [ops terbocor nama sebenar bro]
Bro : Yup, saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu [ayat skema budak yang tidak pernah sekolah campur]
Dia : Kak Sha kim salam. [kak angkat bro tue, merangkap awek frust dengan bro]

Bro : Oh ok. Awak siapa ek
Dia : Saya adik kepada kak zack.

Ini la kenangan lalu dan semalam genap 8 tahun kenangan tersebut.

Kemudian bro kembali hilang dari sekolah, menyertai bengkel jurulatih muda silat seni kebangsaan.

Bicara Bro : 27-3 Kenang bersama. Genap 8 tahun semalam. Jika dibenarkan masa diputarkan semula. Pasti bukan kau yang ku pilih dulu.

Tengah belek-belek senarai skandal & ex bro yang pernah bro kumpul dari dulu hingga sekarang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Detik Pertama Bertemu Si Dia Bro

    1. mana ade banyak la yuyu… sikit2 je..

      nape ek…?? nak masuk dalam list ek.. meh la. bro masukan

    1. wa ganaz… hati tetap ada tsunami.. sekali dtg.. pasti ada yang hanyut dan terdampar he..23x

Leave a Reply to Khaizarien Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *