March 29, 2024

[BroFramestone Ditanya] Salah Ke Perigi Mencari Timba

Bro telah tergerak hati untuk buat segmen seperti biasa di blog bro.

Isu kali ini berkenaan dengan perigi mencari timba yang dicetuskan oleh Ery Farieha.

Pada pendapat bro, xsalah pun perigi mencari timba. Walaupun kenyataan, perigi memang susah nak bergerak tetapi menanti satu persatu timba menimba airnya.

Bagi bro [pendapat bro tau]:-

  • Timba yang berada di pasaran terlalu banyak dan ade bermacam jenis.
  • Ada timba yang tahan lama dan ada yang tak tahan lama. Ada berkualiti dan ada cap ayam.
  • Perigi azali di gali dan digunakan sehingga mono-pose [tidak boleh digunakan]
  • Habis air di perigi ini, timba boleh pergi ke perigi lain.
  • Perigi yang tidak digunakan adakan digunakan sebagai tempat ngangkung

Nampak macam berbelit-belit,

Tetapi ini la pendapat bro yang penuh tersirat untuk korang fahamkan. Direct je bro kaitkan, antara korang dapat tangkap dengan tidak je.

Seperti biasa, Bro nak tanya korang pula

Task mudah untuk korang [macam biasa la untuk segmen nie]

– Buat entry bertajuk “Salah Ke Perigi Mencari Timba”
– Bubuh gambar perigi & timba di atas nie
– Linkan ke ke entry ini.
– Create kredit link khas ke blog Ery Farieda “http://www.eryfarieha.com”
– Citekan pandangan anda tentang isu perigi mencari timba [nak tiru bro pun xpe]
– Tak kisah +ve or -ve punye pandangan ek
– Dah publish. Tingalkan link korang di ruangan komen. Itu saja

Bicara Bro : Bro lagi suka if perempuan mulakan, sebab baru nampak siapa yang betul-betul suka dan minat dengan bro. If bro yang mulakan, yang tahu saja tahu apa yang akan terjadi kat perempuan tue.

Mahu 24 jam trauma kena hantar report kat bro.

Kenapa ada insan yang Ngangkung kat perigi buta ek?

Mereka yang sudah join segmen ini :-

  1. Yna Fazlyna [pernah juga menjadi perigi]
  2. Biela [jangan sampai melepas]
  3. Jerung Gergasi [pilih timba cap jerung]
  4. Khaizarien [elok timba je cari perigi]
  5. Ezanoor [timba dicari milik orang]
  6. Cik Bambam [Reject ape, tapi tetap kawan kan]
  7. MrDaha [Kebahagiaan perlu dicari]
  8. Harisa [melanggar tatasusila zaman maju ni]
  9. Finaz Jaafar [bila timba “loading” je gayanya]
  10. Novel Gurl [bila dah terdesak sangat tak ada timba yang bersih]
  11. Laila [aku dan dia pon dalam istilah “perigi cari timba”]
  12. Oja_Alia [kalau si perigi ni cakap die ehem ehem dekat si timbe..]
  13. Azroy Kassim [nak tanak, kena la perigi berebut timba]
  14. Marishaa [jangan buat dia rimas]
  15. Hanim [Perigi juga perlu ada hargai diri]
  16. cuPPy [perempuan mulakan dulu tanda mereka betul2 sayang]
  17. Pembaca Wacana [timba (atau baldi) menanti]
  18. Tenang Sudey [nisbah lelaki dan wanita cukup besar]
  19. ..
  20. ..

Tarikh tutup? Selepas 12 jam tiada sambutan

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

52 thoughts on “[BroFramestone Ditanya] Salah Ke Perigi Mencari Timba

    1. xbubuh la.. termiss tadi.. nnt bro masukan.. sape yang join segmen nie akan kredit link kat ery la

  1. Sebab kan bro.. Sebabnya, ada orang masih lagi mengerti betapa bergunanya perigi ni walaupun dia dah tak boleh guna lagi.. Keh keh keh.. :p

    Pesanan masyarakat: Perumpamaan je tu.. Jangan pi ngangkung, berdosa tauuuu.. :)

    1. ana.. meh la join segmen nie… meh meh huhuhu

      tetapi xramai yang tahu kegunaan timba selain menimba air dalam perigi… menimba ilmu je xpakai timba…

      wah.. terbaik la pesanan masyarakat tue :)

    1. ala segmen nie suka2 je.. just nk kongsi pendapat.. bro create topik.. korang bagi pendapat je…

      asalkan xtertingal nk link ke entry ini & kredit kat empunya idea… cukup la.. dan last sekali inform bro.. baru bro leh kongsikan entry korang kat ruangan ini :)

  2. Salam.. first time singgah blog Bro Framestone ni. Kenal dari Blogger Malaya.

    Erm.. entry yang menarik. Tringin nak join. Aku pernah buat entry pasal tajuk ni dulu. so, boleh ke re-edit entry tu utk join? :)

    1. w’salam… thank coz sudi datang ke blog bro yang tiada apa-apa ini :)

      meh la join.. berkongsi2 pendapat dan pandangan :)

      boleh je.. xsalah pun.. tetapi kalau dapat buat entry baru n oleh balik entry lama pun tiada masalah..

    1. bro pun suka…

      tetapi pernah jadi kes perigi tue bermasalah… die pulak yang terover… sian kat bro je

    1. sebenarnye tiada masalah

      dalam budaya hindu.. upacara meminang, dilakukan oleh pihak perempuan…

    1. Yup.. dan yang tersirat tue dah di oleh oleh Mrdaha dalam entry die..

      ada masa terjah la entry die

    1. terbaik la…

      bro rase buat masa sekarang.. mu sorang dapat olah apa yang ingin bro sampaikan..

      thank,

      bro terharu sesangat nie T-T

  3. Bagi saya la bro
    rasanya memang tak ada masalah kalau perigi cari timba
    tapi kalau jadi sebaliknya timba cari perigi tu lagi elok

Leave a Reply to ery farieha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *