March 29, 2024

Sudirman Haji Arshad – Pemergianmu Mengisi Kekosongan

Hari ini genap 19 tahun pemergian seniman kita iaitu Sudirman Haji Arshad yang kembali ke ramatullah pada 22 Feb 1992.

Al-fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Boleh dikatakan kebanyakan lagu dan karya arwah Sudirman amat bro minati, terutama semasa kecik. Dan bro amat terpengaruh dengan nyanyian dan lakonan beliau.

Dan satu kebanggaan,

Selepas P Ramlee, muncul pula Sudirman yang banyak mewarnai pentas antarabangsa.

Siapa pula selepas ini?

Di sini bro kongsikan lirik lagu dari beliau yang bro edit dan susun untuk disesuaikan untuk menyatakan penyampaian bro kepada arwah Sudirman sebagai seorang peminat cilik

Terasing

Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu…

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini

Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari

Bicara Bro : Mata bro basah semasa menulis entry ini. Jangan tanya kenapa.

Bro nampak je ganas, tetapi tetap ada benda yang mampu menyentuh jiwa dan sanubari bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Sudirman Haji Arshad – Pemergianmu Mengisi Kekosongan

Leave a Reply to afeb pilah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *