March 29, 2024

Ampunkan Daku | Cerekarama TV3

Baru selesai menonton Ampunkan Daku di slot Cerekarama TV3.

Tahniah buat oleh Azman Hj Yahya @ Jinggo dengan jalan cerita yang penuh mengisikan dan juga mampu membuka mata sesetengah pihak.

Lakonan mantap Shiela Rusly dibantu oleh Fauziah Nawi & Zamarul Hisham.

Jalan cerita yang mantap dalam mengetengahkan isu semasa yang seringkali kita dengar.

Antara perkara yang disentuh adalah:-

  1. Mengandung anak luar nikah oleh remaja sekarang
  2. Pandangan masyarakat pada golongan ini
  3. Punca yang menyebabkan mereka jadi begini
  4. Permasalahan dalam keluarga yang mungkin kita tidak tahu yang terjadi kepada mereka
  5. Perjalanan kehidupan mereka di KEWAJA

KEWAJA – Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja telah banyak membimbing dan memberi motivasi kepada mereka yang terlibat dalam permasalah ini supaya tidak mengambil tindakan yang melampau dengan apa yang telah terjadi kepada mereka.

Dalam masa yang sama, didikan dan dorongan dari beberapa pihak sedikit sebanyak membawa perubahan dan memberi sinar dalam kehidupan mereka.

Bicara Bro : Cerekarama ini, rasanya bertujuan untuk memberi peringatan buat mereka yang bakal buat anak yang tidak sah nikah 14 Februari ini.

Moga segala yang dilakukan oleh KEWAJA dipermudahkan dan tidak dipandang hina oleh sesetengah masyarakat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Ampunkan Daku | Cerekarama TV3

    1. w’salam

      Bro pun tengok sebentar tadi… memang puas hati..

      mantap dengan jalan cerita… yang penting pengisian & maklumat yang ingin disampaikan tercapai

  1. Salam bro,anem rasa macam related lah drama ni dengan entri bro yang anem komen sebelum ni. Suka drama ni, sesuai utk anak remaja mcm daku .mesej sgt smpai . Rozie Rashid buat kan skripnya. bgus:)

    Tahniah JS Picture and pelakon2 sume.
    -Tika dan saat ini-

    :)

    1. w’salam

      yup mmg ade kaitan… thank sebab amik tahu pasal perkembangan kat blog bro… :)

      tapi tue la… malam minggu bukan ramai remaja ade kat rumah lagi2 nk melayan cerita ini…

      tetapi tetap ada yang tergerak hati lepas menontonnya

      moga boleh mengelakan mereka dari terlibat dengan perkara yang sebegini

      sekurang2nya mereka dapat menjaga diri

    2. nak dekat valentine.. dorang ade simpan duit awal2.. ade je yang dah amik cuti isnin nie.. nk layan cuti sabtu sampai selasa

    1. he..23x hope bro dapat hidayah la.. as no 2 ke 3 ke kan huhuu….

      p/s- apa bro merapu nie

    1. oh ye ke cerita lama.. klu cerita lama.. sure bro jumpe info die di google.. tp xde pun info pasal cerita nie

    1. mmg ditujukan untuk 14 nie…

      part last mmg die tunjuk cam mane kehidupan dorang sebenar kat sana.. sedih je..

      tp comey la watak damia tue

    1. xpe.. malam tadi base on cerita sebenar dan dalam masa yang sama mempromosikan kewaja.. tempat perlindungan bagi mereka yang terlanjur n mengandung anak luar nikah

    1. yup…

      lakonan mereka memang mantap n berjaya sampaikan perasaan tue kepada semua penonton :)

    1. bro dok tersengih tgk sorang pelakon dalam tue comey sagt.. tp xtau namanya

      ala yang anak die mati tue

  2. salam bro..
    sya bagi 5 bintang kat drama nie..
    penuh dengan pengajaran..
    harap2 kita bukan takat tengok je tapi amek iktibar sama..especially kepada anak2 muda zaman skrg..

Leave a Reply to anim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *