March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 6] Otai Vs Newbies

Segmen luahan hati seorang blogger sudah masuk part ke-6.

Dah lebih sebulan segmen ini tidak dihidupkan. [Bro agak bz selepas berkerjaya semula]

Kali ini bro nak berkongsi luahan hati bukan seorang, tetapi 2 orang blogger yang mewakili Newbies & juga Old Timer (aka Otai) Blogger.

Luahan Newbies

Buat niat nak mengutuk otai-otai blogger,

Kita hari-hari datang blog dia, sedikit pun tidak pernah nak jejak semula blog kami. Bukan niat nak kutuk dorang perangai cam bagus.

Tetapi singgah & berikan la support moral. Macam tue baru la kenal antara blogger

Luahan Old Timer

Kadangkala masa tidak mengizinkan diri untuk menziarah blog-blog lain.

Komitment kami bukan 100% pada blog, kerja, family dan hal-hal berkaitan dengan kami.

Kami berblog sebab hobi, niat asal create blog untuk berkongsi pengalamn dan informasi buat semua

Luahan Newbies

Korang tak update blog pun ramai yang datang baca.

Tak payah nak blogwalking pun tetap ada traffik datang ke blog. Satu post mahu beratus-ratus komen yang diterima

Luahan Old Timer

Bukan trafik yang kami kejar, sekadar berkongsi pengalaman & informasi. Jika ianya menarik, pasti ada yang akan komen.

Berblog la dari hati, tetapkan niat. Jika tidak, anda akan terpesong

Luahan Newbies

Penipu la pendapatan berjuta-juta dari blog.

Iklan Nuffnang, Innity bagai suma dah letak, trafik pun dah riban2 dah nie. Awat ciput je yang kami dapat.

Luahan Old Timer

Mu berblog sebab nak duit ke ape ek..??

Niat dah lari jauh. Terpengaruh dengan “Panduan Buat Duit Dengan Blog” ke?

Pendapatan kami bukan dari iklan, tetapi dari syarikat-syarikat yang sudi membayar kami untuk mempromosikan mereka.

Jika nak mereka datang mencari anda, pastikan blog anda mantap. Baru mereka berminat.

Luahan Newbies

Tak perlu la berbangga dengan follower dan komen yang banyak tue.

Blogger femes boleh la, kami nie sapa la kan. Tiada siapa nak pandang.Blog pun setahun jagung pun tak sampai

Luahan Old Timer

Dah 5 tahun berblog, bermula dengan merangkak baru sampai ke pencapaian sekarang.

Kami tak paksa orang follow kami dengan iklan “I follow, jangan lupa follow balik” or tayang-tayang jumlah komen, itu hak pengomen nak meninggalkan pendapat atau melontarkan sesuatu di kotak komen.

Relax, orang yang berjaya bermula dari bawah, kami boleh, anda pun boleh

Bicara Bro : Dah 5 tahun bro berblog.

Ada yang selesa dengan bro dan ada yang jenis tikam belakang.

kita as blogger, perlulah berhemah & berfikiran profesional. Berblog biar niatnya betul. Tak kisah orang nak cakap blog kita sampah ke ape.

Asalkan hati tak busuk cam sampah or bangkai :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

76 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 6] Otai Vs Newbies

    1. ??? ko ada tikam aku ke..??

      ada aku kesah he..23x jumpa ko nanti aku tikam biji mata ko yg xreti dok diam tue

    2. Tikam jangan tak tikam.. biar dia merasa…

      kalau takda keris..

      pendekar kasi pinjam…

      Ahaks~!

  1. sekarang kebanyakkan blogger “orang ada blog, dia nak ada blog jugak”..

    perkara pertama yg dicari adalah follower..

    kedua trafik…

    ketiga duit..

    habis blog dah tak berupdate, asyik duk promot entry/cerita lama..

    1. bila sesuatu disalah tafsirkan… cam tue la jadinya

      yang perlu mereka lakukan sebenarnya adalah:-
      1- mantapkan blog
      2- create relationship
      3- jana sesuatu darinya dan tidak semestinya duit

      he..23x entry2 lama pun bro dah lupa apa dia

    1. he..23x bro rasa cam dah kenal kamu lama je.. so xde maknyenye mu nie newbies melainkan, kamu memulakan ianya semula..

      back to basic… cm pernah bro buat dulu..

      cik epal pun pernah buat.. myjazmanie pernah buat.. lagi sape ek.. ramai juga la yang mulakan semula sehingga jadi seperti sekarang

    1. penulisan yang terbaik merupakan penulisan yang straight to da point dan mudah difahami :)

      anyway… sudi2 la bace segmen “luahan hati seorang blogger” yang lain.. jika ada kesempatan

    1. ayat yang mane satu tue ek Melz… ke mu pernah terkena tempias nie

      mentol murah je tue… rm3.20 sebiji… pakai la sampai terbakar he..23x

  2. setuju bro. hehe. tula, actually, newbie ke otai ke sume sama je sebenarnya. susah nak puaskan hati semua orang kan. kite ni bukan lah robot nak melayan kerenah setiap followers. nak follow, follow je, tak nak follow, takpayah follow. ni kadang niat dah lain da.

    1. betul tue…

      kalau follower beriban2 tetapi haram seumur hidup sekali je jejak.. tiada makna juga kan..

      be the good follower… xde benda pun nk dibanggakan dengan follower yg banyak

  3. bila saya tak menulis orang mencari saya. bila saya menulis, orang hargai karya saya. saya suka dan bergembira. saya berblog sebab nak bagi orang gembira dan saya gembira. ads cuma sampingan. kalau ada, adalah. teringin jugak nak join nuff aktiviti tapi asyik tak berkesempatan. berbalik semula, kenapa kita berblog ye. kalau tujuan kita begitu, begitulah hasilnya. kalau begini, beginilah hasilnya. apapun, semuanya bergantung kepada kita. dan saya merasakan komen saya sangat poyo dan skema. semoga bro tersenyum membacanya.

    hai kak Heliza !! *kalaulah kak heliza baca*

    1. elmo punye penulisan pun menarik… pernah bro hargai blog org. siap baca entry dia hari2… komen2 hari2.. n terindu2 jika tiada update

      yup ads just sampingan… blog tetap perlu di beri nafkah

      30hb nie meh la join sama

    1. nie slah seorang blogger yang bro minat bace penulisannye tetapi sekarang bro tidak mampu membaca blognya

      nk babap kamu leh

    1. otai tue bermakna old timer = orang lama..

      senang cite la kak.. kita semua masih memerlukan tunjuk ajar antara satu sama lain..

      dah lama berblog xsemestinya kita tahu segala2nya

  4. aku kalu follow blog orang pun tengok pada entri dulu…kdg2 aku amik masa gak sebelum follow sesuatu blog…senang cakap la, tak perlu terlalu mengharap sebenarnya..kelak akan mengecewakan diri je..

    p/s: kirim salam kat heliza :)

    1. bro tengok gak blog dia cam mne.. if bro rase mantap n bro suka lepak.. sure bro follow..

      if xtekan button follow.. bro hafal je link blog dorg :)

      ok… salam mu akan di sampaikan he..23x

  5. kalo berblogging x eklas gitula gamaknya.. kita ni blog untuk suka2 kalo ada rezeki lebih alhamdulillah, kalo org lain berjaya kita tumpang gembira ucap tahniah kan senang kan kan

    1. yup betul tue ieqa :)

      ramai yg hilang keikhlasan semasa berblog, dan niat pun dah larik

    1. ye je…

      bro dah print screen awal2 follower ke 600 & dah siap pun entrynya.. cuma belum pasti bila nk publish

    1. sape la otai tue ek… mu kenal x he…23x

      salah acuan tue la jadinya…
      – blogger 1juta la
      – buat duit dengan blog la
      – nk jadi popular kena ade blog la
      – etc..

      acuan manakah itew

    1. bro sombong ke bee…?? tak kan..

      if bro sombong dengan bee… izinkan bro madukan bee he..23x

  6. Terbaik bro…something bukan kita xnk komen kat blog dorg,tapi minat kita berbeza n bila tgk blog mereka.xde entri yg berkenan tuk dikomen..susah jgk kat situ..so apa pendapat bro mengenai perkara ini?

    1. bro klu entry tue xde idea nk komen.. mmg bro xkan komen.. tp bro akan selak entry terdahulu..

      if tetap xde idea, bro klik button x kat atas tue..

      don’t make entry & push people to drop the komen…

      so hasilnya “tahniah” “nice info” “menarik” blah blah blah

    2. nk delete kesihan la pulak…

      lagi2 kalau blogger otai yang tglkan…

      bro paling kuat pun “heliza helmi” je yang komen…

    1. So cara terbaik betulkan niat tue kan…

      yied ikhlas x berblog.. jgn la dah umur 20 nnt terus x berblog kan

  7. salam.. saya newbie kat dunia blog ni. sebenarnya kena buang rasa hasad dengki dlm hati baru boleh aman. tak da sapa yang perfect dlm dunia ni.

    otai atau pun newbie kena sama2 bersangka baik sesama sendiri. otai jgn sombong, yang newbie kena la banyak bersabar.tu je…

    jom jenguk blog saya. peace!

    1. w’salam

      kalau ikutkan otai blogger bukannya sombong… cuba kaji selidik dulu sebelum menuduh bukan2

      sebab biasnya, bro tetap gak terasa..

      ada yang korang xtau pasang blog si otai
      – entah2 blog auto publish
      – die ada upah orag update n membalas komen yg korang lontarkan
      – life dorg dgn blog hanya beberapa minit

      life hidup antara kita semua berbeza… sebab tue tiada sesiapa yg mampu memuaskan hati setiap orang

    1. he..23x yang Part 2 xsempat nak di jilidkan… tapi masih ada dalam kategori “luahan hati seorang blogger”

    1. harapnya macam tue la ek…

      not all perfect… lagi malang if mereka sendiri xtau yang blogger otai dah bertahun x update blog, tetapi upah orang lain updatekan..

      memang ada yang macam tue

  8. yup betui tuh~niat kene pasang bebetul~ikhlas kan hati utk berblog~
    boleh buat duit dalam masa singkat kalu kita follow tips trafik suma tuh, tp takut blog kita takde isi~tuh aje~=)

  9. im a newbiee. tp thanks god laa tak mcm tu. berblogging nie nak cari ilmu dan pengalaman. seronok dpt knl2 dgn sume bloggers. banyak input baru dapat. about jumlah followers tu, tak kesah laa. blog masih baru kan,bersabar je la sume org mule dr bawah kan ?
    entry nie bagus sgt. buat saye ingatkn balek diri nie ap tujuan sebenar berblogging niee :DDD

    1. sebenarnya follower ramai pun tiada gunanya jika meraka datang ke blog kita sekali seumur hidup

      macam bro sendiri.. bro akan melawat mana2 blog yang terlintas di fikrian bro or terserempak..

      dan tidak sesekali bro follow sebab bro merupakan follower yang setia dengan blog meraka tanpa klik button follow

  10. Otai= tua= dah lama dalam industri yg dimaksudkan cthnta blogging..
    so, yg muda datang tanpa pengalaman, trus2 nk bjaya mcm yg otai tadi..
    Datang unsur GELOJOH dlm tindakan.
    Tu yg u folo i folo u..haha
    Tapi, blogging dtg dari hati + niat yg btul.
    Mcm keja len dlm dunia ni, kalo duit yg dia kejar, benda haram jadi halal kat dia. Kalo pekerja ikhlas caei rezki utk bg mkn famli dia, kompem dia tak wat benda buruk keji dan hina..
    Teori sama perlu dibuat dlm blogging..

    1. yup betul…

      cuma fitrah manusia begitu, susah terima kenyataan mereka yang berada di atas..

      dan nak kan yang atas turun ke bawah melayan kerenah mereka.. be profesional.. start dari bawah.. insya’lah akan naik juga nanti

  11. salam..
    Bro..betol!
    kena mula slow2..
    masa mula-mula ramai yang kutuk2 buat blog kan..macam lah sape nak baca blog kita kan..
    tak pe..asalkan kita ikhlas menulis kan..
    kadang2 buat blog bukan sebab nak luahkan isi hati/pendapat je..
    tapi nak bina tali persahabatan jugak kan..^^
    macam SB..

    Bro rasa kan..macam mana kalau sesetengah orang yang
    macam bro cakap kat atas tu
    “i follow u,u follow i” tu..datang kat blog kita..follow kita, lepas tu kita pegi kat blog dia..kita macam tak berminat pon dengan dia punya..tapi bila tak follow,takot pulak nanti dia cakap “punye la sombong,dah la newbies tapi bukan nak add balik pon”..kita follow pon tak ikhlas je..:(

    1. w’salam

      cara terbaik cam nie la…

      follow je die.. lepas seminggu unfollow.. sure die xsedar he…23x

      cam bro.. orang wat cam mne sekali pun.. mmg bro xkan follow kecuali blog die mmg menarik untuk bro follow

      tp kalau ade button like.. lagi bagus

Leave a Reply to Amira Anorah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *