April 19, 2024

Hari-Hari Tapau Breakfast

Hari-hari bro tapau breakfast setiap kali pergi kerja.

Bukan sebab tak sempat nak breakfast or bangun lambat.

Cuma nak berjimat cermat terutama menghadapi kegawatan ekonomi persendirian walaupun kita tidak sedar tiap2 bulan duit gaji yang kita terima masoh belum cukup menjamin masa depan yang cerah.

Lagi satu,

Bro tiada masa untuk keluar berbreakfast, dan waktu lunch bro gunakan untuk rehat di ofis dari habiskan masa dari ofis drive mencari kedai makan. Awat la kat sini tiada cafe..??

Teringat masa kecik-kecik dulu,

Pergi sekolah mak sediakan bekal. Masa rehat cari port bawah pokok, makan reramai dengan member-member yang tidak suka bersesak-sesak di kantin sekolah.

Bro dulu, hidup susah. Hanya berbekalkan 20 sen untuk sekolah pagi + sekolah petang (sekolah agama).

Teringat masa di asrama pula

Bro selalu tapau breakfast untuk di bawa ke sekolah.

Tak payah tunggu time rehat, time tiada cikgu dalam kelas. Bro terus je makan. Bro makan kenkadang dengan member2 cina bro je. Coz dorang je yang suka bawa bekal & tidak minat nak makan di kantin yang terletak hampir 400m dari kelas kami.

Teringat masa berada di zaman U dulu

Boleh dikatakan breakfast or lunch bro di tapau oleh si dia bro.

Masakan dia memang tip top. Dari bangku sekolah bro dah suka masakan dia.

Bila di fikirkan semula,

Dari kecil sampai la nie, bro lebih suka membawa bekal. Betul-betul saving la bro nie kan.

Bicara Bro : ada tak sesiapa yang membawa bekal dengan meletak RM dalamnya as bekalannya untuk dibelanjakan he..23x

Culture jepun, si suami memang bawa bekal hari-hari dari rumah untuk menjaga ekonomi rumah tangga mereka. Kita pula bila ek..?? Bawang + minyak dah naik harga nie.

Moh join aktiviti minggu ini, Maxis Om Nom Nom Race yang dibawa oleh Nuffnang dan dikuasai oleh Maxis + HTC

Hope team #kakimakan terpilih untuk event ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Hari-Hari Tapau Breakfast

    1. apakah he…23x

      tapau la untuk laki wahai ita… krg die makan luar je.. xmanis la pulak he..23x

      gurau2 je noh

    1. oh.. sungguh pemalas huhuhu

      tp ok la tue kan.. ada gak tapau. dari spend masa lelama lepak kat cafe

  1. alahai Bro…sweetnye la..sy selalu bwk biskut n ir je..sebab menapak jauh sgt…n buat alas perut yg mmg tak bleh lapar..bila lapar je,mesti shaking..so..biskut mmg sentiasa ada..kire tapau jgk la kan..hehehe..tp tetap tak saving…sebab sebelah kelas je dah cafe…cmano eh…hbs kelas je menuju ke situ…

    1. he…23x cafe di sebelah kelas tue hanya la alasan..

      kalau rasa nk makan.. cafe kat mane2 pun sanggup di tujui he..23x betul x..??

      bro pun xde la saving sangat.. seklai shoping ratus2 gk habis

    1. Sekolah rendah bawa tuppeware je sbb dpt makan RMT waktu pagi.nasi tu simpan utk makan time rehat.
      Masa sek menengah, nasi kat kantin mahal 50 sen hingga seringgit.mana mampu nk beli.kadang2 je bawa duit, itupun 30sen je.selalunya mkn kenyang2 kat umah.time rehat, jarang mkn kalau tak bawa bekal.
      biasalah, anak yatim.

    1. kalau isteri masak memang sedap la.. (sebab teu bro cari yang pandai masak)….

      tapi kalau tertibe rasa cam xsedap masakan si isteri.. tue mknenye ade niat nk makan luar la tue.. eh makan di luar he..23x

Leave a Reply to wanita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *