March 29, 2024

Esok Start Sekolah, Mahu Tidur Awal

Esok, 03-01-2010,

Kebanyakan sekolah akan memulakan sesi persekolahan tahun 2011  kecuali sekolah di beberapa buah negeri yang bermula pada hari ini.

Dan boleh dikatakan,

Rakan antara budak-budak berdebar-debar menantikan saat ini, sama ada nak mulakan sesi persekolahan ataupun tidak mahu datang ke sekolah.

Antara kenangan yang bro masih ingat tiap kali malam sebelum hari pertama persekolahan.

  1. Kembali ke asrama (pilih dorm + cari katil yang strategik)
  2. Bertemu dengan member-member yang susah nak berjumpa [bro duduk asrama 7 tahun & xde member yang rumahnya dekat dengan rumah bro]
  3. Tak sabar nak cuci mata dengan cikgu yang comey2 [bro sekolah semua lelaki]
  4. Plan nak nakal cam mane untuk tahun tue [bro agak nakal & notty]
  5. Planning aktiviti skip kelas or fly asrama.
  6. Cari port untuk seludup barang [komik je sebenarnya]
  7. Usha junior untuk dijadikan anak ikan [junior yang bro jaga, orang lain x boleh kacau, kira bro cam body guard la.. + dorang kena jd tukang runner sebagai pembalasan]
  8. Buat check list cikgu yang perlu di blacklist
  9. Aim nak cari awek kat sekolah mana [besa la sekolah semua jantan]
  10. Berdoa moga ilmu yang diperlajari sepanjang tahun ini mendapat keberkatan dari cikgu dan juga Dia.

Bicara Bro : Ok beb, Bro mahu tidur. Esok dah start sekolah dah. Tak sabar-sabar nak tengok cikgu-cikgu yang comel.

Tetapi apakan daya, bro hanya mampu tengok bakal-bakal cikgu je T-T

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Esok Start Sekolah, Mahu Tidur Awal

  1. hehehe.. semangat budak2 ni masa awal2 jek bro..
    lama2 mst dorang liat! haihhh…

    yg penting semangattt cikgu! aiyooo…
    tetibe berdebar nk g sek! mcm cikgu plak kene blaja nih! hehehehe… ;p

    1. he..23x bro faham dah coz bro pernah jadi cam dorg..

      cikgu memang kena berlajar.. berlajar bersabar.. hari2 kena sabar.. baru keikhlasan hati terserla time mengajar

  2. Kenangan waktu asrama, pilih katil yang atas, kurang kena pijak. Katil bawah, selalu budak pijak, nak panjat ke katil atas. :D Cadar budak katil bawah cepat kotor.

  3. Kalau time kat kolej, x sabar nak tunggu buka sem, lecturer comey2, boleh buat aweks..ha3
    Kalau sekolah menengah, ngah pikir plan nak raging junior (sweet raging la, xdelah teruk2..)

  4. RG hantar adik gi asrama, sampai rumah maghrib. Lepas isyak terus tido.
    Apa-apa hal, sekolah asrama best. Tiap tahun, kalau sampai awal, gi rembat tilam dengan bantal yang best-best dulu.

Leave a Reply to RozaniGhani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *