April 17, 2024

Dugaan Bermadu Menguji Keimanan Seorang Isteri

Semanis-manis madu boleh menjadi racun pada seseorang.

Mungkin manis pada kita, belum tentu memberi kebaikan pada orang lain.

Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa, lebah-lebah mengumpul semua khasiat dari seluruh bunga untuk dijadikan ubat kepada segala penyakit.

Cuma jika ubat diambil berlebihan, ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Terbaca kes pagi ini berkaitan madu menetak madunya sendiri.

Punca bro pun tidak pasti. Tetapi dinyatakan bahawa mereka selalu berlaku pertelingkahan setelah duduk bersama.

Syaitan menggunakan perluang ini sebaik mungkin. Di sini kita mampu melihat keimanan seorang perempuan sama ada mereka mudah terpengaruh dengan emosi & hasutan syaitan.

Kalau ikutkan sejarah kewujudan manusia,

Keimanan seorang wanita terlalu nipis sehinggakan Hawa mudah dipengaruhi oleh syaitan untuk menguji keimanan Nabi Allah Adam A.S. dengan meminta buah larangan sehingga mereka diusir keluar dari syurga.

Begitu juga dengan peristiwa Hawa mempercayai kata-kata janji syaitan untuk menjaga anaknya semasa ketiadaan Nabi Adam.

Sehinggakan Nabi Adam membunuh anak syaitan lalu dicincang dan dimakan.

Dari peristiwa ini, darah keturunan Nabi Adam mengalir zat-zat syaitan sehingga ke hari ini. Dimana akhirnya keimanan umat akhir zaman lebih rapuh dari umat terdahulu.

Bicara Bro : Payung emas hanya sesuai pada si isteri yang merestui si suami berkahwin lagi atas jalan Allah swt tanpa membebankan suaminya.

Tanpa menyakiti hati madunya

Mampu menjaga keimanannya & tidak muda terpengaruh dengan emosi dan hasutan syaitan

Begitu juga, dengan menjada aib dan kehormatan suami serta madu-madunya. Insya’lah dijanjikan sesuatu di Syurga kelak.

Mampukah anda..?? Jika tidak, iman anda belum mampu lagi diuji :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Dugaan Bermadu Menguji Keimanan Seorang Isteri

    1. W’salam

      xsemua madu manis rasanya… :)

      ada yang pahit nak di telan.. try la rasa pure madunye.. ade part yang pahitnya

    1. lelaki maybe boleh bersedia dari segi fizikal & mental.. Bagaimana pula dengan perempuan..??

  1. bermadU?..jangan hanya suami peroleh faedah..tapi si isteri2 perlu dijaga dgn baik..supay xberlaku benda2 macam yg bro kata tu..

    1. kadangkala ada part yang lelaki tidak boleh handle.. terutama tang si ke-3 yang menghasut mereka…

      so tang tue.. hanya si isteri je yang mampu.. dengan menguatkan iman mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan :)

    1. suami memang mampu & cukup syarat.. tetapi kena juga tengok si isteri…

      mampukah mereka… menahan diri & kuat teguh imannya…

    2. w’salam…

      if masih belum sedia.. just bgtau kepada si suami.. bgtau bahaya keimanan kamu masih belum mampu di uji…

      bila dah cukup sedia baru bg keizinan… insya’lah dipermudahkan… jika hati terllau berat, payung emas hanya pada nama je la..

    3. adakah dengan hanya memberi tahu yg kita belum bersedia seorg suami akan memikirkan semula niatnya itu… oh mungkin tidak kalau dia dah apa dia peduli isteri restu ke tidak?ada dia kesah haraaam..kalau tak takkan lah ramai suami2 yg nikah kat siam nun..

      kadang2 tak paham jugak sesetgh pompuan yg sanggup wat kat pompuan lain camtu.huhh bikin panas lah topik ni.lagipun kalau hati tak ikhlas bermadu bukannya dapat payung emas dapat dosa adalah.wahai lelaki sekelian pikir2kanlah..apakah perasaan anda sekiranya anda diperlakukan seperti itu…

    4. benda nie perlu di beritahu sebelum kahwin la..

      if rasa xsanggup nak pikul beban… xpayah di teruskan perkahwinan…

      itu saja :)

      dan kelemahannya, b4 kahwin xfikir pasal benda nie… bila dah kahwin baru terasa bahangnya dan masing2 menyalahkan pasangan masing2…

      tiada yang sempurna.. sebab itu perlu bersedia sebelum lafaz akad di terima oleh semua :)

    1. yup betul…

      dari segi islam.. mmg tidak di galakkan. Lagi satu kemanjaan anda pada isteri tidak boleh ditunjuk pada isteri yang lain.

      takut ianya mengecikan hati si isteri.. bila terguris… dah menjadi dosa kepada si suami..

      laki kena ingat juga.. dosa si isteri semua di transfer ke akaun dorang. So jagalah mereka sebagaimana yang telah dipertanggungjawabkan

    1. w’salam..

      tue pun jika iza yang mati dulu… :) jika belum sedia, tak perlu la ek..

      bgtau je si suami…

    1. jika yang betul…

      – di sebabkan tggjawab
      – untuk mengelak dari berlakunya zina bila berjauhan dengan si isteri

      itu jika dengan niat yang betul la kan

  2. madu lebih baik untuk kesihatan tapi kalau pengambilan berlebihan boleh mudarat jugak.. hmm takmo lah bermadu,senang hidup sendiri je.

  3. syukur wife aku membenarkan aku berkahwin lain jika aku berkemampuan.
    syukur juga hati aku belum terbuka untuk berbuat sedemikian walaupun nanti berkemampuan.

    cuma teringatkan kisah nabi Muhammad saw yg setia kekal bersama isterinya Khadijah ra hingga akhir hayat Khadijah ra.
    hanya selepas itu baru Nabi saw berkahwin lain dan punya ramai isteri.

    1. dia membenarkan sebab dia tahu di mana tempatnya sebagai isteri pertama di syurga nanti..

      selalunya yang di beri keizinan nie, belum tentu akan melakukan.. yg xdi bagi izin nie juga yang akan melakukannya he..23x

      betul x

Leave a Reply to Sir Marcello Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *