March 29, 2024

Punca Pelajar Universiti Melacur

Tertarik dengan salah satu artikel akhbar yang bro baca hari ini.

Isu yang dibangkitkan,

Tiada wang sara hidup punca pelajar melacur.

Tak pasal-pasal KPT – Kementerian Pengajian Tinggi kena siasat.

Susah-susah je, meh bro sendiri yang memudahkan penyiasatan KPT.

Dari pengalaman bro semasa terlibat secara aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar selama 3 tahun semasa muda-muda dulu. Bro lebih hampir kepada permasalahan ini dimana bro sendiri sentiasa turun padang memantau permasalahan ini.

Dan beberapa maklumat yang bro terima dari pemantauan menunjukan permasalahan ini bukan perkara serius jika perkara yang ingin bro sebutkan ini tidak menjadi bebanan kepada mereka.

Tajaan pengajian yang tidak mencukupi

Bro sendiri pun dapat full loan tetapi perlu tambah lagi 4k untuk jumlah keseluruhan pengajian bro.

Apakah hal..??

Terpaksa membuat kerja part time kat Mc D, MLM, pasang banner etc. Nak senang cari Sugar Daddy, SUgar Mummy pun ada he..23x

Kebanyakan wang tajaan habis untuk project & assignment

Lecture yang terlalu demand dalam menentukan kualiti project,[bukan dia amik tahu pelajar dia makan ke tak]

Mahal dowh [tak percaya try tanya budak yang amik arkitek]

Harga bahan rujukan yang meningkat

Di mana lecture sendiri menyatakan bahan tersebut wajib beli (dah la kena beli dengan dorang, bahan tersebut pula merupakan hasil penulisan dorang) jika nak lulus.

Paling malang yang masuk exam just seketul dua ayat je dari buku tersebut

Apakah hal..??]

p/s- Bro sepanjang berlajar kat U, memang tak pernah beli buku or pinjam buku kat library. A tetap juga dalam tangan. Cam mana tue?

Tekanan perlajaran

Belajar dalam keadaan tertekan menyebabkan sesetengah pelajar berasa berlajar sesuatu perkara yang membebankan.

Masa ini, mereka akan mencari keseronokan bagi mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Dan selalunya sifat tidak matang mereka membawa mereka ke arah yang kurang baik.

Nak hidup mewah

Dunia belajar harapkan pinjaman atau tajaan untuk menyara kehidupan mereka.

Habis je, tak kan nak tunggu sambil makan megi saja kan.

Lain lah bagi mereka yang berkerja. Hujung bulan tetap gaji masuk.

Siapa tak nak duit datang bergolekan, lagi-lagi kalau ada yang sudi mengulur. Mula-mula hulur money, then hulur lain pula

Rusa Masuk Kampung

Ini merupakan perkara biasa yang bro temui.

Masa datang mendaftar dulu, elok bertutup je. Salam mak bapak cium pipi, nangis-nangis.

Sebulan dua boleh la tahan.Masuk bulan ke-3, dah mula namak tanduk. Sana sini terbuka, malam ke hulu kehilir.

Dan pernah sekali bro tangkap seorang perempuan yang aktif dalam persatuan agama. Tetapi malam duduk di Pub berskirt dan tuuutttt [tak baik buka aib orang].

Semua ini atas jasa dan kerja sama dari member bro yang berlainan agama tetapi prihatin dengan permasalahan mahasiswa.

Bicara Bro :  Yang menjadi mahasiswa selalunya berakal dan berilmu. Tetapi ianya tidak mampu mengambarkan apa-apa jika ianya hanya dipelajari semata-mata untuk exam dan bukan digunakan dalam kehidupan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Punca Pelajar Universiti Melacur

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Sebenornye, deme ni nak seronok je. Pikior masuk U ni main ikut-ikut kawan je. Takkan nak duduk bawah ketiak mak sampei ke tua. Idak ke malu je tau dek kengkawan.

    Seronok sebenornye bila beromen ni. Sekali dah dapat mula le ketagih. Itu le paseinye kalo bulih, janganle gatei-gatei nok berkapel mase belajor ni. Kalo kawen takpe, bior takde kahwin takde kenduri pun takpe, asal jangan udoh ditebuk tupei.

    1. tapi ramai yang xberminat nak berkahwin masa berlajar…

      tetapi minat menjadi tupai or temapt nk ditebuk he…23x

      kenyatan tue….

      tetapi kebanyakan yang masuk U pun bukan niat nk berlajar.. hanya nak jaga hati mak pak or nk jauhkan diri dari mak pak je

    1. alhamdulillah bro jadi blogger he..23x

      tapi tue la, kekadang bro pun sian gak kat mak pak nie.. dah besar panjang dok tagih gak duit dorang sikit2

      besa la.. bro wat business sendiri… harap ada klient ada la masuknye…

      buat masa sekarang masih mampu bernafas lagi…

    1. yup betul…

      kekadang sebelum pergi ke mana-mana perlu di set minda tujuan dan nawaitu supaya awal-awal tidak terpesong

    1. untung masuk uitmkan..

      bro lepas habis spm xapply pun uitm or mana-mana U …bro memang nak wat form 6 n nak sambung buat kejuruteraan Kimia..

      tapi apakan daya :)

      Tue perkara biasa la kan… mana-mana pun tetap ada culture shock punya

  2. biasanya project ngn asgmnt la paling bnyk mkn duit, huhu den final project makan beratus2,tp x terfikir la nk melacur ni, otak sempit je pk jalan singkat cm tu,ishhh mintak2 anak2 melayu terutamanya bloggerwati jgn la terjebak, bila dah terjebak sekali nk tinggalkan mmg harapan sekadar impian je la,

    Terkini :

    1. Thesis bro as final project makan setahun gak nak di siapkan… kos total nak dekat seribu gak..

      termasuk upah orang taip lagi…

      tetapi memang ramai yang jadi cam tue… tp word baik sikit la.. bukan melacur tetapi melayan sugar daddy je

  3. sangat2 setuju yang pasal rusa masuk kampung tuh. ramai juga member2 yang macam tu. tapi xnak lah mengata lebih2. sendiri terkena nanti tak pasal. nauzubillah~

    1. bukan member kamu saja.. bro sendiri pun rasa begitu juga…

      risau gak terkena diri sendiri kan

  4. pada akhirnya.. macam mana kita approach life akan menentukan samada kita ke laut atau tak. masalah2 yang bro sebutkan kat atas memang betul dan tk dpt dinafikan.. maka kat sini lah, jiwa dan akal kita dicabar. kalau salah jalan kita pilih, musnah la jawabnya. tp kalau jalan elok, macam bro kerja part time McD, so ok la. :)

  5. Budak yang bodoh je buat macam ni bro.. Bodoh nak merasa duit banyak, bodoh nak bergaya beli barang mahal2.. nah, barai la jawabnya…lepas tu keluar 3gp budak universiti sekian sekian sekian..

    hahah..

    tapi, yang paling tak bestnya, ada yang buat macam ni terdiri dari golongan alim2 kucing..siang wah, bertutup sampai tak kenal siapa, bila malam…tanduk kasi keluar panjang2…

    ish ish ish…sian mak bapak dorang bro..

    TheSharkox’s latest Entry Tips yang sesuai untuk menjimatkan minyak, senang gila

  6. duit memang tak cukup lagi-lagi kalau u yang area-area taraf taraf hidup yang tinggi…..ptptn pun bagi just 3.5k…tolak sewa rumah, yuran, buku-buku…tapi janganlah melacur….banyak lagi kerja-kerja halal yang boleh dibuat…

  7. kalau bagi duit RM50k satu semester pun tetap melacurkan diri jugak, alasan duit terlebih tak tau nak buat apa….huhuhu..alasan, semata-mata alasan, orag lain jugak yg nak disalahkan…maaf emo sket hehe

    1. dari kecik dah dimanjakan…

      sebab tue dah besar panjang dok meroyan bila itu naik ini naik…

      nk dimanjakan je dorang nie

    1. tiada siapa yang perlu dipersalahkan jika duit tidak dijadikan alasan berlakunya perkara-perkara di atas..

      jik aperkara-perkara di atas dapat dibendung… insya’lah perkara yng mungkar dapat dikurangi

Leave a Reply to ereview Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *