March 29, 2024

Antara Selepas Solat Raya Dan Sebelum Solat Jumaat

Alhamdulillah

Selesai sudah solat aidilfitri walaupun hujan renyai membasahi bumi Mu. Membawa keberkatan kepada alam ini.

Sebelum menunggu panggilan untuk solat Jumaat, bro mengambil kesempatan ini berkongsi cerita serba sedikit mengenai raya bro.

Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat

  1. solat, bertakbir & membaca yassin bersama
  2. Menikmati sarapan pagi bersama
  3. Solat aidil fitri bersama
  4. Bermaaf-maafan bersama
  5. Bergambar bersama

Tidak tahu bagaimana pula dengan tahun-tahun mendatang. Masing-masing ada hala tuju, tanggungjawab & juga jihad di jalanNya.

Moga apa yang kami usahakan tahun ini membawa keberkatan kepada semua.

Teringat kata-kata adik bongsu bro semasa sesi bermaaf-maafan

Abang,

Afiq doakan kita berdua dapat kahwini dua orang hahaha -amin-

p/s- Bertuah punya adik. Bagus doakan untuk abangnya sekali. Harap bro mampu bersikap adil.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Antara Selepas Solat Raya Dan Sebelum Solat Jumaat

    1. he…23x kalau la kan he…23x

      tapi benda baik.. elok di doakan he..23x [gatai x bro nie]

      die xsenseng lengan pun… die cakap “g je la, tinggalkan i”

      T-T

      Vic ada kat mne… nk beraya leh

Leave a Reply to noorafzan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *