April 20, 2024

[Apa Kes] Pembanci Dibelasah Orang

Dah jadi kes polis,

Cuma tak keluar paper je. Karang jadi isu parlimen pula kan.

Semalam salah seorang pembanci yang menjalankan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dibelasah semasa menemubual.

Apa kes nie kan.

Ada juga rakyat Malaysia yang tidak memberi kerjasama kepada kerajaan dalam mengumpulkan info banci penduduk untuk merangka perancangan negara.

Dorang tak de kesedaran sivik or memang kehidupan dorang nie xde kaitan dengan orang keliling.

Kalau mati, kne gak order van mayat, tempat pembakaran, tukang korek + tukang baca doa.

Pembanci yang dibelasah adalah adik bro sendiri.

Dibelasah oleh seorang lelaki india yang mabuk semasa menemubual mak kepada lelaki yang mabuk tersebut mengunakan kayu.

Dan menjadi kes polis, settle2 pun dengan “say sorry atau ertikata lain mintak maaf”. Kalau mati adik bro, confirm meringkuk kau dalam penjara. Nak sorry apenye.

[perincian kes bro tak seberapa tahu, selamat adik bro nie bijak dalam bertindak.. Kalau x, member2 dia pun cukup banyak boleh menguruskan lelaki ini]

p/s- Sila berikan kerjasama kepada para pembanci

yang berkerja untuk negara. Pastikan mereka menunjukkan kad kuasa @ surat arahan sebelum memberi kerjasama.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “[Apa Kes] Pembanci Dibelasah Orang

    1. yup kerjasama itu yg terpenting sekali huhuhu

      tp tue la.. ade gak makhluk tuhan yang menyamar n mengambil kesempatan untuk bnde2 yg elok nie

      p/s- mudah amik sijil ek.. teman mintak mbe tolong amikan

    1. he..23x bagaimana pula dengan rumah yang xde org.. dok jenuh tekan lonceng n panggil huhu

    2. salam bro…sok nk kne g intrvw pembnci ni…tdi jirn dh g…soalan ni jgk yg dia dpt bro…jwpn ny, kalau xde org, kita tgglkn dlu….
      sbb mgkin org rumh tu kje…
      ari sbtu ahd, pembanci blh pgi ke rmh tu semula….

    1. Tue la…

      kes terjadi kul 3 petang… kul 9 malam baru dapat kuar dari balai polis.

  1. ERRKKK! smpai mcm itu sekali??aiseeyyy

    ermm..kes kematian pemangku sultan kelantan tu… arwah adalah ayah kepada ex-roomate saya masa study dulu.. *tiba-tiba*

    1. bukan kes kematian pemangku la… salah statement nie ReD…

      ok.. al-fatihah buat arwah

    2. pengawal la.. xkan pemangku yang kne tembak

      yup pengawal peribadi pemangku sultan

    1. Cam bro xde masalah dengan dorang..asalkan tahu hormat menghormati.. coz bro ingat cam mne bro menang besar masa pilihanraya U dulu

      majority dorg mengundi bro huhu

      dan bro mmg pandai deal dgn dorg

    1. mmg die tngah wat koje..

      entah ape prob orang nie… tau2 je kuar rumah amik kayu terus nk serang…

      mmg die tengah mabuk pun… kat balai polis pun settle2 cam tue je

  2. minggu lepas sy buat part time
    buat banci jugak
    tp bukan banci penduduk
    banci untuk kementerian luar bandar

    apa yg saya boleh cakap
    bila kita pergi membanci
    byk sangat kerenah manusia

    ada yg anti-kerajaan
    ada yg dengar je banci terus tutup pintu
    ada yg terlebey ramah

    macam-macam ada
    orang malaysia ni unpredictable
    huhu

    ^_~

    1. besa la tue lizi…

      tp yg adik bro jumpa tue entah ape kes.. die ingat adik bro nk nipu mak die..sedangkan sedang sembang2 sambil tolong isi borang

    1. yg kes tue dah wat report dah… xtau nk saman ke x lagi huhu

      dengar cite nk saman.. tp kalau saman pun cam la die mampu nk bayar kan huhuhu

      kira time tue selamat la lagi.. klu x, xtau pe jd kat adik teman

  3. baru je my aunt tnye td nak jd pembanci ke tak…dah seram daahhhh… dh la org ni kecik je…skali pijak dah macam ayam penyek..haha

    1. xpasti la….

      rasa2nya die nk tahu cara kita berkomunikasi bagaimana n nak tahu cara kiat berkerja…

      anyway..

      good luck ek…

Leave a Reply to wawa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *