Assalamualaikum wbt & salam 1Nama (bloggers @ Anonymous)

Dah lama bro tidak berpuitis di blog ini, sejak 2-3 hari bro tiada nafsu untuk berblog. Cuma terkejut apabila semalam bro mendapat komen-komen yang memberansangkan. Ada lagi komen2 yang bro xsempat nak approve (tgu la ek)

Hari ini bro nak kongsi luahan hati, rapu rapan & fakta yang mungkin kita sendiri telah abaikan dalam mencari kegempakan & keglamoran duniawi.

Ianya berkaitan dengan nama. Eh, ada apa dengan nama?

Dalam mengejar & mencari keunikan, kita seringkali terlupa makna yang tersirat disebalik nama tersebut.

Oleh itu, kita digalakan mengunakan nama dari perkataan Arab yang membawa makna yang baik kerna nama itu mengambarkan doa ibubapa kepada anak mereka.

Old Arabic names are based on a long naming system; most Arabs do not simply have given/middle/family names, but a full chain of names. This system is in use throughout the Arab world.

Because of the importance of the Arabic language in Islam, a large majority of the world’s Muslims use Arabic names (ism), but it is not common outside the Arab world to employ the full naming conventions described below.

Berapa ramai antara kita, yang memilih nama anak kerna doa kita kepada zuriat yang kita miliki?

*****************************************

Nama sebagai doa

Dalam pemilihan nama untuk si anak, perlu ada makna yang sesuai untuk si anak. Contohnya;

Syukri (bro amik contoh nama sendiri ek)

Yang bermaksud, Syukurku. Ianya mengambarkan kesyukuran kedua ibubapa bro dengan kehadiran bro dalam kehidupan mereka.

Shalihin (nama adik bro)

Yang bermaksud, Insan yang soleh. Ianya mengambarkan keinginan kedua ibubapa bro untuk memiliki anak yang soleh. Even adik bro nie nakal beno tapi die la yang paling ikut cakap mak bapak. (merokok pun jauh2 n senyap2 even dah besar panjang) kira menghormati ibubapa la

Cukup la 2 contoh,

Apa kata korang share makna nama korang di dalam entry ini (komen jangan xkomen)

Kalau boleh ajak rerakan sama2 berkongsi makna nama korang & adakah doa dalam nama korang mengambarkan korang sekarang.

*****************************************

Nama susah nak disebut

Maksud bro di sini, nama yang etrlalu banyak perkataan yang rasanya, x ada pun xpe.

Contohnya;

Salim @ Salem = Salleem

Rafik = Raufique

Memang bunyi & sebutannya sama sahaja. Bagi yang tahu nak pronouncekan nama tersebut. Bagaimana dengan mereka yang tidak tahu nak pronouncekan nama tersebut. Lain disebut lain maknanya.

Kerna kita perlu ingat. Perkataan arab jika salah sebutannya maka akan lari maknanya.

Bagaimana pula dengan mereka yang perlu key-in nama anak anda dalam MyKid@ Mykad, borang pendaftaran sekolah, kahwin or kematian. Salah tulis, dah menyusahkan orang lain.

Dan perlu ingat juga. Mati nanti jangan nak menyusahkan pembuat batu nisan nak perah kepala otak cam mana nak jawikan nama anak korang

*****************************************

Nama panjang-panjang

Xsalah nak nama anak panjang2 kerna ianya doa ibubapa

Tapi tidak perlulah terlalu panjang & nak sebut nama pun terbelit2 lidah. Nama je dah 2x nak amik nafas nak sebutkan. Itu betul tercampur nama bapaknya.

Bayangkan kalau nama itu diberikan kepada anak perempuan. Gamaknya bukan takat bakal pengantin lelaki yang dok training nak akad nikah… Tok Kadi pun terjoin same dok praktis menyebutnya.

Lagi parah kalau Tok Kadi tersasul tersebut “Aku nak ko nikahkan aku dengan si polan polu poli pilow Bt polo pulu pili air dengan mas kahwin dot dot dot” he…23x

Itu ok lagi. Kalau TokĀ  Kadi padam terus time tue cam mane pulak. Xpasal2 masuk Harian metro “Paper tajuk je nak panas-panas”

So fikir2kan la ek, karang makin bertambah bilangan pasangan yang kahwin xberani nak nikah-nikah.

*****************************************

Nickname

Nama yang pendek pun orang nak ada nickname (dipendekan lagi). Inikan pula mereka yang mempunyai nama panjang berjela. Sure akan di nickname kan.

Kalau memilih nickname,

Biarlah ianya memberi nama yang baik. Takut lagi pendek lagi lari maksudnya & membawa makna yang tidak elok.Sebagai contoh;

Watie = ianya bermakan perempuan yang menjadi penghibur (penghibur yang dimaksudkan dalam istilah arab ialah, perempuan yang melayan lelaki-lelaki)

Zana = Insan yang berzina

Mat = mati @ maut (tue pasal ramai laki yang mati dulu) member ramai mendoakan he…23x

Rasanya cukup takat ini la ek,

Jika korang tidak keberatan, sudi2 la berkongsi makna disebalik nama korang. Jika sudi, korang share2 la entry ini di facebook ke di blog korang. Bro nak kumpul nama di sebalik rakan2 blog or rakan2 maya.