April 19, 2024

Bloody Valentine’s

Bloody Valentine

Pengaruh dari Mafia Wars yang terlampau-lampau.

Sepanjang minggu ini, dok dipromote bonus mahupun special mission for this coming Valentine. So bro sepuas hatinya menggunakan perluang ini untuk kumpul bonus & fight-fight untuk menjadi Mafia yang terkemuka.

Ops….

Bro bukan nak story pasal mafia wars @ facebook. Just nak bukak story mengenai hari valentine yang menjadi igauan sesetengah pasangan yang mungkin bertemankan insan ke-3 iaiti syaitan.

Bro xnak story pasal asal usul valentine mahupun tujuan disambut valentine.

Kalau diikutkan (secara islamiah), xsalah nak berkasih sayang sesama insan. Cuma pada caranya & juga tujuannya.

Tidak semestinya sesama kekasih sahaja. Kita perlu jugak berkasih kepada ahli keluarga, masyarakat mahupun alam sekitar.

So tidak perlu lah kita:-

Menipu Keluarga,

Kata g sana g sini dengan kenkawan, sedangkan dok bermesra di hotel, di rumah sewa mahupun di celah2 semak.

Menyusahkan Masyarakat,

Sana sini penuhkan hotel, sian orang yang berfamily nak book bilik. Menambahkan overtime JAIS la, JAWI, JAIM la menyerbu satu persatu bilik. Wat orang keliling xselesa & habiskan kredit call Jabatan Agama Islam.

Belum lagi kes menambahkan bilangan orang hamil di hospital @ menambah bidan2 terjun or bidankan diri sendiri.

Kemudian menambahkan sampah2 yang sedia ada. Yang baik sangat g sedekah anak kat masjid. Xde pulak terdetik di hati nk buh kat kuil je, tokong ke?? nampak benar yang letak anak itu dari kaum Melayu.

Menyemak Alam Sekitar,

Kalau korang berpeluk & bermanja di tempat awam, bukan ke menambah tahap index percemaran alam sekitar. perlu ke nak report pada Karam Singh, leh masuk dalam Aduan Rakyat.

Belum lagi, kes merosakan keindahan hutan simpan mahupun hutan dara yang masih ada di Malaysia dengan aksi2 korang tue

Tetapi dari apa yang bro perhatikan, kebanyakan antara manusia di dunia ini menjadikan hari Valentine sebagai hari mereka melakukan hubungan intim untuk menyampaikan perasaan sayang mereka.

Dan ini antara fakta-fakta yang dapat bro kumpul:-

  1. Masyarakat Malaysia menyalah gunakan hari Valentine untuk bermadu asrama dengan Boyfriend, Girlfriend mahupun Gayfriend.
  2. Boleh dikatakan hari itu yang paling sesuai menyerahkan mahkota
  3. Time berkasih tidak akan lengkap tanpa hubungan intim pada hari tersebut
  4. Tempoh yang kritikal memikir strategy (sama ada pasal hadiah, lokasi, tempat makan mahupun ehem ehem)
  5. Suma kedai wat sale untuk pasangan kekasih (even kalau ikutkan, harga lebih kurang sama je)

Cukup la 5 je kan.

But bagi bro la kan, bro lebih suka habiskan masa di rumah. Xda la sakit mata bro memandang he..23x & mungkin ada yang menarik akan dikongsikan di blog rakan2 mengenai aktiviti mereka bersama pasangan.

Pe2 pun Al-Fatihah buat arwah yang rapat dengan bro pada tarikh 14hb february.

Kisahnya anda boleh baca di blog lama bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Bloody Valentine’s

  1. kekasih haram mmg xde rasa malu langsung nak bermesra2an dpn khalayak ramai…kekasih halal pulak yg tau rasa malu…bermaharajalela iblis n syaitan time tu…

    btw alfatihah utk arwah..

  2. amat tepat ulasan bro tu, memang bebudak atau bedewasa yg layan VD ni pendek akal n pendek segalanya kecuali nafsu…hehehe

Leave a Reply to izan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *