March 19, 2024

Poligami: Jangan Pilih Jalan Dosa

Ashraf Muslim Dan Isterinya

Assalamualaikum wbt

Topic yang menarik ke udara di Hot FM pagi ini, isu poligami

Before bro merungkap serba sedikit mengenai poligami, Bro Harapkan “Bagi mereka yang amat emo tolong jangan mengomen di entry ini, biar mereka yang berfikiran terbuka sahaja mengomen” Bro mahukan mereka yang sudi berkongsi padangan tanpa dipengaruhi oleh emosi (kebanyakan emosi terjadi atas hasutan syaitan)

Lagi satu jangan blame bro atas alasan bro nak berpoligami or tambah lagi kauta he..23x Jom layan

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 yang bermaksud;

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba perempuan yang kamu miliki.

Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Syarat-syarat Poligami:-

  1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
    Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira samaada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.
  2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
    Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu:-

    • Adil Dalam Menyediakan Kediaman
    • Adil Dalam Giliran Bermalam
    • Adil Dalam Musafir

**** iklan ****

Perlu untuk dinyatakan di sini bahawa ebook ini merupakan inisiatif kami untuk membantu anda di dalam menyelesaikan masalah poligami anda.

Maklumat yang perlu anda ketahui dan fikirkan bersama:-

Poligami salah satu kesempurnaan Islam,

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab.

Islam bukan agama yang memaksa umatnya mengamalkan poligami

Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.

Jangan memburukan keberkatan poligami,

Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005).

Sumber dari – POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT (Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang)

Ebook Panduan Cinta Untuk Lelaki

Tuhan pasti menemukan kita dengan pilihan yang salah sebelum menemukan kita dengan ketentuanNya. Banyakkan berdoa dan beramal, InsyaAllah dipermudahkan olehNya.

Dalam bertawaqal perlu juga berusaha. Jangan terlalu berserah 100% kepadaNya tanpa kita sendiri berusaha. Mungkin dari ebook ini dapat memberi sedikit tip yang mungkin membantu usaha anda mencari pasangan hidup.

Seperti yang pernah bro coretkan di blog bro, wanita seperti persamaan kimia. Ianya mudah berubah mengikut perubahan disekelilingnya dan mungkin juga dari tindak tanduk anda. Kata orang dulu-dulu, masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

Setiap aspek dikupas sepenuhnya oleh penulis untuk membantu anda dari segi luaran dan dalaman anda. Diharap isi kandungan ebook ini dapat membantu anda mencari cinta sejati. Jangan anda menjadi hamba cinta dan ingatlah cinta agung hanya untukNya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Poligami: Jangan Pilih Jalan Dosa

  1. xda masalah berpoligami asalakan mampu dan adil
    :) kan

    yup mmg xsalah..cuma ada yg menyalah ertikan niat berpoligami itew

  2. tak ada seorang wanita pun yang sanggup berkongsi kasih melainkan dalam keterpaksaan…
    lelaki yang ingin berpoligami sepatutnya mendalami ilmu sebaiknya supaya tak berat nak jawab di akhirat nanti…

    insya’lah akan di dalami… cam nk wat je ebook cara berpoligami he…23x

  3. kena fikir panjang jika ingin berpoligami kerana byk hati yg akan terseksa…

    sebab teu digalakkan jika nk berpoligami..meminta izin dari si isteri… meminta kebenaran dari keluarga sendiri… jgn men khwin je…

    tp lg seksa jika tau si suami men luar..siap berzina lagi… dah la maksiat gitew… so elok digalakan berpoligami jika tak mahu keadaan cam nie berlakukan…

  4. lana dah post entry pasal ni sebelm Bro yer hehehe…

    Sokong kata Juliet tu, banyak hati yang akan terseksa, mahupun pd si suami itu sendiri..Jika si suami tidak boleh berlaku adil kepada isterinya yang sorang buat apa untuk menambah lagi kan..ada jugak yang makan ati…dan lana ada baca pasal entry Bro mengenai “Saat Kau menjadi isteriku”, ingatlah wahai si suami!! bahawa dosa2 isteri dan anak2 nya akan di tanggung oleh dirinya…apatah jika mempunyai isteri yang banyak dan anak yang ramai..Jika semua berguna, dan baik Alhamdulillah…

  5. smoga aku x dipoligami..huuu..amin

    he…23x aminkan jugak…knpe ramai yg tidak berani nk berpoligami sedangkan berpoligami itu memberi faedah buat mereka di syurga nnt… he..23x

    adakah mereka terlampau menumpukan kebahagiaan di dunia sahaja even sekdar seketika

  6. walaupun dijanjikan payung emas, sukar untuk wanita menerima ini semua.

    skrg hidup single pon sukar utk puaskan hati tiap manusia disekeliling, mana lagi dah berpasangan kelak…

    dgr jugak hotfm td, sedih gila kalu ya ditempat dia. kecewa + keliru.

    psst : hehehe. sumer yer game dihujung. tenet tade barulah puas hati…. wiii~

    1. dijanjikan payung emas pun ada syarat tau, kena menerima dgn hati yg terbuka, xleh jelez2 atau dengki..xde lagsg rasa kecik ati atau kecewa, kena sabar dan tenang ja br leh dpt payung emas..boleh ke buat mcm tu? huhuhu..i xsanggup

      mmg susah pun…tp itu la dugaan n menguji keimanan seseorang isteri sama ada bertidak mengikut iman…atau bertindak mengikut hasutan syaitan (emosi yang diapikan)

  7. hahahahahaha…..
    poligami sama x ngan origami?
    ilek2 jgn mrh erk bro….

    out of tipoc-tue la bro ilek2 sudah….sal tue jdi mcm tue..
    ahakz….

    he…23x xde mknenye poligami same dengn origami… ish pooh nie.. babap karang

  8. bro mau berpoligami??…saboo…hehehe..jan marah..

    poligami boleh..tapi bukan mudah untuk perempuan yg kena untuk menerima dgn hati terbuka dan tenang..ceh memandai ja ubi…

  9. poligami ke??

    ermm.. kalau mampu poligami la sebanyak mana yg boleh.. kalau x mampu.. duk diam sudah.. x gitu bro???

    –>> kalau boleh x mo berkongsi kasih.. sbb mmg cemburu org nya..

  10. kalau prempuan boley wat poligami camne la agaknyer ye..hehe

    klu perempuan yg wat poligami…gamaknye… tiap2 bulan laki2nya sume makan hati sebab emosi xstabil time tue…sume laki kne marah…xpun sume laki2 kne cerai time tue he…23x sebab tue hak untuk menceraikan diserah kepada lelaki dagn bukan perempuan….

    yeh yeh dtg gak oreoo ke blog baru bro..rindu bangat same oreoo

  11. haha
    ada ebook jugak
    mantap la

    nak kawen satu je
    hehe

    he..23x xckp pun nk kahwin satu je… ala ebok nie just untuk membimbing je.. xde pulak di terbitkan untuk menggalak he…23x lyn kan je

  12. Sha boleh je terima poligami kalau adil & bertanggungjawab… bukan syiook2 atas katil je… sebab dulu tuntutan poligami ni nak tolong wanita yang susah @ janda2 yang kehilangan tempat bergantung…. kalau mampu dan adil apa salahnya… kongsi2 suami…. hee~hee~hee~

    sekarang nisbah perempuan ramai sebab lelaki dah ramai jadi aww aww laaa bamdin…heee ~

  13. Entri yang kupas sungguh menarik ke abg….poligami indah bila dengan nawaitu ikhlas mengahwini kerana Allah…ikhlas menyintai serta menyayang kerana Allah….poligami nie mengajar sesorang individu tentang erti nilai kesabaran..membentuk kematangan fikiran serta mental…

  14. Bro,dalam beberapa hari ni ika selalu dapat info berkenaan poligami. Dan sebenarnya dan jujurnya ika sedang menyintai suami orang. Tapi ika tak terfikir untuk dapatkan dia dgn cara yg salah. Dan ika tau pengakuan ni pasti akan buat wanita lain mrh. Tapi itu lah hakikatnya. Kalau boleh ika nak biarkan hubungan ni selesai dgn cara baik. Ika ada minta dia beri tahu isteri dia ttg hal ni. Utk masa skg ni masa belum mengizinkan utk dia beri tau. Selalu perspektif orang akan fikir yang kedua adalah jahat. Tak semua macam tu. Manusia baik dan jahat mmg ada. Tapi ada jugak yang hadir adalah dari mrk yang ikhlas terima dia dan keluarga si dia. Apa2 pon, biarlah takdir yang tentukan semuanya :-)

  15. For me nak berpoligami kena betul2 cukup ilmu, cukup pendapatan dan adil…bukan suka2 nak ada 2 isteri pas tu x adil..tanggungjawab untuk salah seorang isteri terabai…apa yang SA nampak sekarang ni lelaki suka nak berpoligami bukan sebab ikhlas atau tuntutan agama..tp lebih kepada keseronokkan semata2..SA bercakap berdasarkan experience seorang teman…semoga allah permudahkan hidup poligami kawan SA….amin…

  16. Bagi saya, saya tak menolak kalau seseorang tu hendak berpoligami asalkan niat dia tu ikhlas.. betul-betul faham.. beriman, berkemampuan dan yakin boleh berlaku adil dengan isteri-isteri yang dikahwini itu.. si suami tu haruslah dengar pendapat si isteri kalau nak pasang lagi satu.. kita sendiri mungkin tak tahu kita mampu tak berlaku adil.. hanya orang yang rapat dengan kita yang dpt menilainya…

Leave a Reply to sharamli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *