April 18, 2024

VIP Juara PUBG Mobile National Championship 2019 & Yoodo Tawar PUBG Mobile Data PERCUMA

ViP Squad - Victorious In Play
Victorious In Play (VIP) muncul Juara PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019) dan membawa pulang wang tunai RM40,000.

Kejohanan ini juga menyaksikan 4 penyandang PMNC tahun lalu berjaya mengekalkan posisi mereka untuk mendapatkan slot ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019.

VIP Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret bakal menyertai Yoodo.Gank untuk beraksi di liga tersebut yang dijangka berlangsung pada September nanti, di Bangkok Thailand selama lima minggu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Tencent Games, menyaksikan 384 pasukan atau lebih 1,500 pemain berentap di 6 lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanapun hanya 16 pasukan terpilih untuk kepusingan akhir dan merebut wang tunai berjumlah RM114,000.

.
Ini merupakan kali pertama Bro hadir ke kejohanan seperti ini (Selalunya layan secara online sahaja).

Tak sangka sambutannya amat memberangsangkan dari semua peminat PUBG yang berkumpul di Quill City Mall untuk menyaksikan peringkat akhir PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019).

Yoodo Tawar PUBG Mobile Data Secara PERCUMA..!!!

Lebih Penjimatan Dengan Yoodo
Selaku penaja rasmi PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019), Yoodo memanjangkan tempoh tawaran PUBG Mobile Data PERCUMA sehingga hujung tahun ini.

Dalam tempoh promosi ini, Yoodo menawarkan 20GB data PERCUMA khas untuk pengguna menikmati pengalaman keseronokan bermain PUBG Mobile tanpa sebarang kerisauan mengenai penggunaan data mahupun liputan internet.

Anda kini boleh menikmati liputan 4G LTE ketika bermain PUBG Mobile tanpa perlu risau mengenai data yang anda gunakan.

Chow Tuck Mun, Head of Yoodo
Bro bersama Mr. Chow Tuck Mun, Head of Yoodo.

Tidak asing dalam area e-sport di Malaysia, Yoodo turut menaja kejohanan PMNC terdahulu dan menawarkan Plan Mobile PERCUMA selama setahun buat pemenang.

Bukan itu sahaja,

Mereka juga menjadi telco yang pertama mempunyai pasukan e-sport yakni Yoodo Gank, dan ahli terbaru mereka adalah Raymond Tan Boon Sheng aka iSHOTZ.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran 20GB PUBG, atau tawaran lain dari Yoodo, anda boleh layari www.yoodo.com.my atau di Facebook Yoodo.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *