April 25, 2024

Jimat! Set Combo RM10 Untuk 2 Orang di The Chicken Rice Shop Dari 2 – 5 Julai 2019

Promosi The Chicken Rice Shop
Kepada peminat The Chicken Rice Shop.

Jom kita reramai ke The Chicken Rice Shop dari 2 – 5 Julai 2019 untuk nikmati hidangan combo set untuk 2 orang pada harga RM10. Biar betul, RM10 je untuk 2 orang?

Yup betul. Bro tak tipu punya.

Ianya sempena meraikan 100 cawangan mereka, maka The Chicken Rice Shop menawarkan promosi ini dari pukul 12.30-1.30 tengahari di 10 cawangan mereka yang terpilih.

10 cawangan tersebut adalah :-

  • IOI City Mall
  • Mid Valley
  • Sunway Pyramid
  • Central i-City
  • Aeon Mall Shah Alam
  • KL Gateway
  • One Utama
  • Melawati Mall
  • SubangParade
  • Sunway Putra Mall

Ada tak yang berdekatan dengan korang? Jika ada, jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan ini bersama kenkawan korang. Mana la tahu korang nak jimat sambil ‘open table’ buat family or rakan sekerja korang.

Inilah masanya ;)
The Chicken Rice Shop - RM10 For 2 Combo
Syarat untuk menikmati hidangan ini, korang kena datang berdua. Tak kira dengan sesiapa pun, janji datang berdua baru korang dapat menikmati tawaran RM10 untuk 2 single combo meal termasuk minuman ringan.

Untuk ayam pula, korang boleh pilihan sama ada nak ayam stim, roasted atau soy sauce.

Disebabkan kena datang berdua, maka Bro bawa member sorang nie.

Nampak tak senyuman diwajahnya? Belum nampak lagi senyuman diwajah Bro bila tengok bil punyalah murah walaupun banyak menu kami add on untuk makan tengahari kami di  The Chicken Rice Shop.

Ini memang berbaloi-baloi….!!!

Makan di The Chicken Rice Shop

Hidangan yang kami add on.

Banyak tak kami berdua makan. Dekat sini pun dah jimat banyak, so rasa tak bersalah sikit jika kita add on hidangan lain ;)

Jimat di The Chicken Rice Shop

So, apa tunggu lagi.

Jom Sama-Sama Makan di The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *