huawei jaminan 2 tahun
Hai pengguna Huawei, sudahkah anda menuntut jaminan dua tahun buat peranti terbaru anda?

Jika belum, baik anda tuntut sekarang supaya peranti anda menerima jaminan dua tahun dari Huawei

Bagaimanapun, tawaran ini sah untuk produk Huawei terpilih seperti siri P30, siri Mate 20, siri Nova 4, nova3i dan MediaPad M5.

Untuk menuntut jaminan dua tahun itu, anda hanya perlu mengaktifkannya dalam aplikasi HiCare pada telefon pintar HUAWEI anda.

Caranya, hanya semudah lima langkah:

  • Langkah 1 – Buka aplikasi HiCare, klik pada iklan Extended Warranty Plan.
  • Langkah 2 – Naik taraf versi aplikasi HiCare seperti saranan sistem.
  • Langkah 3 – Masukkan HUAWEI ID.
  • Langkah 4 – Klik pada ‘Click Here Now’ untuk tebus program waranti itu.
  • Langkah 5 – Dua tahun waranti berjaya dilakukan.

Promosi ini ditawarkan antara 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019 kelak, dimana pengguna yang membelinya boleh menebus jaminan tambahan ini melalui aplikasi HiCare.

Untuk mengetahui lanjut mengenai program 1+1 waranti 2 tahun, layari http://consumer.huawei.com/my/support/extended-warranty-plan/

Pihak Huawei turut mengumumkan kemaskini pada harga jualan siri Huawei P30 dan juga untuk Huawei Nova 3i.

Huawei P30 kini ditawarkan pada harga RM2299 (berbanding RM2699 ketika pengenalannya dulu), Huawei P30 Pro pada harga RM3399 (berbanding RM3799 ketika pelancaran), dan Huawei Nova 3i pada harga RM799 (berbanding harga pelancaran RM999).