HKTDC DG Studio
Hari ini, Bro berkesempatan singgah ke booth Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio di IOI City Mall.

Dekat booth ini dipamerkan 14 jenama dari Hong Kong yang inovatif untuk dipromosikan melalui inisiatif pembangunan perniagaan mereka di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong yang lagi bergaya.

Bertemakan ‘Trendy Lifestyle from Hong Kong’ HKTDC DG Studio menganjurkan promosi mereka di IOI City Mall (LG-K5A, West Wing) dari 19-30 Jun 2019. Jika masuk ikut pintu West Wing, anda akan temui booth merek betul-betul di pintu masuk.

14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY.

14 Jenama Dari Hong Kong

14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni.

Kebanyakan jenama ini mampu membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna.

Antara jenama dari Hong Kong yang ditawarkan di sini :

1 – Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna- warni.

Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.

2 – Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design.

Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.

permainan puzzle mesra alam Green Team

3 – Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika.

Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan.

4 – Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan.

Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.

Paris Garden Hong Kong

5 – Menyokong inisiatif pertanian dalam bandar, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah.

Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri.

6 – Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi.

Direkabentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server, sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya.

7 – Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh.

Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.

8 – Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik.

Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personality- personaliti Instagram.

9 – Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.

10 – Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri.

Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.

SOAP Studio

11 – SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter- karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.

12 – Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.

13 – FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.

14 – TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini.

Bagi mereka yang tak sempat nak ke IOI City Mall, anda boleh juga pergi ke Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang berlangsung di PWTC.

Terdapat 2 jenama mereka, yakni SOAP Studio dan TINY dipamerkan di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun 2019.

By the way, Produk-produk DG Studio turut boleh didapati di kedai-kedai berikut.

  • Parkson Elite di Pavilion KL
  • Parkson di 1 Utama Shopping Centre
  • CM3 di Sunway Pyramid
  • Times Bookstore di Pavilion KL
  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
  • Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter