Pelajari Al-Quran Secara Digital
Sempena bulan Ramadan, Bro ingin mengajak anda semua untuk mempelajari dan memahami Al-Quran secara Digital.

Ia merupakan hasil inisiatif pengurusan Universiti King Soud, Riyadh, Arab Saudi yang telah berjaya memperkenalkan kaedah mempelajari al quran secara digital.

Sebagai sebuah universiti terkemuka di Asia Barat, pengurusan Universiti King Soud telah menjemput pakar-pakar membangunkan perisian tersebut bagi membantu umat islam di serata dunia mempelajari dan menghafal al quran secara lebih sistematik.

Perisian ini boleh dilayari menerusi capain http://quran.ksu.edu.sa/ yang pasti ianya dapat membantu ibubapa dan anak-anak mempelajari Al-Quran dihadapan pc atau laptop.

Hadir dengan beberapa pilihan menu bahasa utama didunia, ia berupaya membantu anda memilih dan memperdengarkan bacaan qari-qari terkemuka dunia seperti Ketua Imam Masjidil Haram, Abdul Rahman Sudais, Ketua Imam Masjidil Nabawi ,Ali Hudaifi dan lain-lain qari yang memiliki suara emas.

Anda juga bebas memilih menu terjemahan ke pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, English, Indonesia, Swedish, Cina dan lain-lain yang keseluruhannya 20 bahasa.

Pengguna Al-Quran digital ini juga bebas untuk melakukan pengulangan ayat-ayat quran demi memahami maksud ataupun mempelajari sebutan yang tepat pada setiap huruf serta ayat yang diperdengarkan oleh qari.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mempelajari Al-Quran secara mudah dengan hanya memiliki komputer atau telefon bimbit termasuk semasa sedang bekerja.

Sudah pasti perisian pembelajaran secara PERCUMA ini dapat dimanfaat kepada semua pihak dengan pengisian yang lebih berfaedah terutamanya di bulan penuh berkat.

Salam Ramadan buat semua

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter