SpongeBob SquarePant Paradigm Mall PJAda tak peminat SpongeBob SquarePants dekat sini?

Bro nak ajak korang untuk meraikan Ramadan & Hari Raya tahun nie bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls.

Bertemakan ‘Seronoknya Raya’,

Kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan gateway@klia2.

Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, Bro berkesempatan untuk pergi ke Paradigm Mall Petaling Jaya untuk temui SpongeBob SquarePants.

Bagi anda yang punyai kelapangan, ayuh temui SpongeBob SquarePants di ruang legar Paradigm Mall PJ.

Lagipun cuti sekolah sudah bermula, ada baiknya bawa anak-anak meluangkan masa di sini sambil temui maskot SpongeBob SquarePants dan Patrick Star yang akan membuat kemunculan istimewa buat pengunjung Paradigm Mall PJ.

Pasti anak anda akan teruja bertemu dengan mereka.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan disini termasuk jualan produk & barangan SpongeBob SquarePants bersama kartun-kartun lain dari Nickelodeon.

SpongeBob SquarePant Paradigm Mall

Ruang legar WCT Malls dihiasi menjadi dunia magis bawah laut yang akan memeriahkan lagi musim cuti peminat setia mereka.

Selain dapat bersama mereka, peminat, keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya, Patrick Star.

WCT Malls dihiasi dengan rumah nenas bawah laut yang terkenal (Rumah SpongeBob SquarePants), jualan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan mewah, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan banyak lagi!

Rekod Patung SpongeBob SquarePants Terbesar Di Malaysia

Patung SpongeBob SquarePants Terbesar Di Malaysia

Sekiranya anda ke Paradigm Mall PJ, anda akan temui patung belon SpongeBob SquarePants setinggi 7 meter. Pasti anda akan teruja.

Malangnya, ia bukan patung SpongeBob SquarePants yang terbesar.

Kecuali jika anda ke Paradigm Mall JB dimana terdapat patung belon SpongeBob SquarePants terbesar, dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Besar bukan?

Ianya akan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar.

So, jangan lepaskan peluang ini untuk bergambar bersama patung belon SpongeBob SquarePants di Paradigm Mall JB.

Program Amal Paradigm Mall PJ

Nota Tambahan : Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ‘A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drive’ bagi membantu ibu-ibu tunggal.

Program amal yang dianjurkan adalah untuk meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.

Program ‘A Library of Hope’

Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

Denim Donation Drive

Dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyumbang denim baharu atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik.

Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mehupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019.

Ayuh kunjungi WCT Malls – Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan gateway@klia2 untuk meraikan Ramadan dan Raya yang bermakna dan penuh dengan keceriaan!

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter