WeChat Pay MY
Sempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Bro ada beberapa benda ingin dikongsikan 3 benda yang mampu buat hari raya anda lebih ceria. Lebih-lebih lagi buat anda yang menggunakan WeChat Pay MY.

Sebagai ganjaran untuk pengguna sepanjang bulan Ramadhan ini, WeChat Pay MY menawarkan dua tawaran hebat daripada Starbucks dan Hari-Hari kepada pengguna.

Promosi perayaan khas yang sedang berlangsung akan menyaksikan pengguna WeChat Pay MY yang bernasib baik menikmati kupon serta paket wang melalui ciri ‘Shake Bonus’.

Adakah anda sudah menjadi pengguna WeChat Pay MY?

Jika belum, jom muat turun aplikasi ini di WeChat.com.

1 – Kupon Khas di Starbucks & Hari-Hari

Anda boleh nikmati secawan kopi yang enak di Starbucks selepas Buka Puasa atau cari baju Raya baharu di Hari-Hari dengan WeChat Pay MY. Anda akan menerima ganjaran sebaik sahaja log masuk ke laman Facebook rasmi WeChat Pay MY di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/.

Berikut adalah cara mudah untuk menerima kupon dalam dompet WeChat Pay MY anda:

  • Pertama, log masuk ke laman FB rasmi MY WeChat Pay. Tatal ke bawah di mana anda akan menemui kod bar Hari-Hari untuk diimbas.
  • Imbas kod QR untuk menerima kupon tunai RM5 yang anda boleh gunakan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
  • Bagi promo Starbucks, anda dapat menikmati potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman pada bila-bila masa apabila mereka membelanjakan RM8. Cuma kunjungi Starbucks terdekat dan tebus hadiah anda.

Cara Menebus Baucar Starbucks & Hari-Hari Anda

How to Redeem Starbucks Coupons

How to Redeem Hari-Hari Coupons

2 – Goncang dan Menangi Lebih Banyak Kupon

Bersempena dengan promosi yang dijalankan dengan Starbucks dan Hari-Hari, anda boleh mendapatkan lebih banyak nilai setiap kali berbelanja di kedua-dua cawangan ini.

Untuk peluang mendapatkan kupon tambahan bernilai sehingga RM9.90, anda perlu membelanja minimum RM8 di Starbucks atau RM10 di Hari-Hari dan pengguna boleh menantikan Shake Bonus daripada WeChat Pay. Setiap kupon adalah sah selama 14 hari dari hari ia diterima dan hanya satu kupon boleh digunakan untuk satu transaksi.

Sekiranya seorang pengguna mengumpul lebih daripada satu kupon dalam dompet WeChat Pay MY, kupon yang mempunyai nilai tertinggi akan digunakan terlebih dahulu secara automatik manakala kupon yang akan tamat tempoh dahulu akan digunakan terlebih dahulu jika anda mempunyai lebih daripada satu kupon dengan nilai yang sama.

Bagi mereka yang memenangi kupon, nilai kupon akan ditambah kepada kredit sedia ada dalam dompet WeChat Pay MY. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa kupon akan tamat tempoh jika pengguna tidak ‘membuka’ kupon tersebut.

Bagaimana Cara Untuk Menikmati Shake Bonus

Starbucks - How to enjoy WeChat Pay Shake Coupons

Hari-Hari - How to enjoy WeChat Pay Shake Coupons

3 – Hantarkan ‘Duit Raya’ Kepada Insan Tersayang Anda Melalui WeChat Pay MY

Sama ada anda berada di sini atau di luar negara, mereka masih boleh mengekalkan tradisi memberikan ‘Duit Raya’ dengan ciri dalam-aplikasi WeChat Pay MY. Tiada lagi kerumitan dan tiada lagi kekecohan.

Anda tidak lagi perlu bimbang mengenai paket Raya apabila segala-galanya kini berada di hujung jari mereka. Ia begitu mudah dan senang sekali:

  • Langkah 1: Pilih siapa yang akan menerima Duit Raya daripada anda dan pilih ciri Paket Wang pada aplikasi WeChat anda
  • Langkah 2: Masukkan jumlah yang ingin anda hantar dan sertakan mesej khas buat insan tersayang anda
  • Langkah 3: Pilih sampul Paket Wang anda
  • Langkah 4: Hantarkan Duit Raya anda
  • Langkah 5: Penerima kini boleh membuka paket wang mereka dan amaun itu akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka

Mudah sahaja!

So, itu sahaja yang ingin Bro kongsikan buat pengguna WeChat Pay MY. Bagi yang belum guna lagi, jom muat turun aplikasi ini di WeChat.com sekarang.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti Akaun Rasmi WeChat (WeChat Pay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY.