Dutch Lady Plus ProteinSudah menikmati susu Dutch Lady hari ini?

Hari ini, Bro nak memperkenalkan susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat untuk permulaan pagi anda yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!

Seperti yang kita sedia maklum, protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita.

Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

Tetapi, menurut Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Biar betul?

Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan.

Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat!

Dutch Lady +Protein

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari; satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml
segelas.

Malah, pengambilan protein yang tidak mencukupi, bukan sahaja boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian malah kita boleh
mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat.

So, jangan lupa untuk menikmati Dutch Lady +Protein pada waktu pagi dimana ia merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi pada diri anda untuk sepanjang hari.

Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia atau http://www.dutchlady.com.my/plusprotein.