Owner A&J Burger Grill
Baru-baru ini, Bro berpeluang untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan Makan & Menang di A&J Burger Grill, Sg Buloh.

Majlis ini juga menjadi penanda aras buat A&J yang memasuki tahun ke-7 beroperasi dimana mereka turut memperkenalkan menu Buffet Ramadhan yang akan disajikan di semua cawangan A&J sepanjang Ramadhan ini.

Bro telah ikuti A&J dari awal penubuhan mereka sekitar tahun 2012,

Dari berniaga di tepi jalan hingga kini mempunyai 3 cawangan dan mempunyai ramai krew berdedikasi bernaung dibawah Joe Empire Sdn Bhd. Boleh dikatakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Pemenang Utama Gold A&J Burger Grill

Pemenang Saguhati A&J Burger Grill
Antara gambar pemenang Makan & Menang di A&J Burger Grill yang sempat Bro rakam.

Meriah juga dibuatnya bila kebanyakan pemenang rupanya ada yang terpilih dari cawangan mereka di Bangi dan juga Shah Alam. Diharapkan kontest seperti ini dapat dijalankan secara berterusan.

Siapa tahu, kot-kot Ramadan ini A&J Burger Grill ada buat contest untuk pelangan mereka. Kita doakan yang terbaik buat A&J Burger Grill.

Buffet Ramadhan di A&J Burger Grill

A&J Burger Grill Buffet Ramadhan
Buat pertama kali, A&J Burger Grill memperkenalkan A&J Buffet Ramadhan – pakej berbuka puasa yang boleh didapati di 3 cawangan mereka pada harga RM45.90 / pax.

Potongan 10% bagi Early Bird, untuk tempahan awal pada 7 – 11 Mei 2019.

Bagi warga emas (berumur 60 tahun ke atas) & kanak-kanak (7 – 12 tahun) pula, RM25.90 / pax.

PERCUMA sampul duit raya & voucher makan. Bagaimanapun tempat adalah terhad, tempahan awal lebih digalakkan.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi

  • 0147322518/0107144708 – A&J Sg Buloh
  • 0193236424 – A&J Sg Merab, Bangi
  • 0178807151 – A&J Shah Alam, Sek 7

Jom tengok apa menu yang disajikan di sini.

A&J Burger Grill Ramadan Buffet Kambing Golek
Yup, setiap hari pelangan akan disajikan Kambing Golek yang termasuk dalam pakej buffet Ramadan dari A&J Burger Grill. Macam biasa, sini paling ramai orang beratur berbanding bahagian lain.

Menu A&J Burger Grill Buffet Ramadhan

Kebanyakan menu yang disajikan untuk A&J Burger Grill Buffet Ramadhan lebih kurang sama seperti menu kebiasaan mereka.

Bagaimanapun, ianya tetap merupakan menu yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang hadir ke sini.

Selain kambing bakar, terut disajikan Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Macaroni Goreng, Nasi Goreng dan Nasi Putih.

Enak dimakan bersama Beef Patty, Chicken Patty, Chcken Grill, Lamb Grill dan BBQ Sausage.??Boleh di side dish bersama Cheezy Wedges, Fries, Nuggets, Chicken Ball, Meatball.

Tidak lupa juga dengan kuih tradisional, ais krim, kek, salad etc.

Berbuka Puasa di A&J Burger Grill

Nie Bro up gambar time baru nak start makan dengan gambar selepas makan.

Nampak tak, Bro berbuka sepingan je… Yang lain tue, dorang yang baham.. Berbaloi ajak dorang try menu Buffet Ramadan di A&J Burger Grill. By the way, duduk pula semeja dengan pemenang hadiah utama.

Dia sendiri berkongsi cerita, bahawa dia selalu makan di sini bersama kawan-kawannya. Bakal doktor nie…. !!!

By the way, apa tunggu lagi. Jom buat tempahan untuk buffet ramadan ini dengan menghubungi

  • 0147322518/0107144708 – A&J Sg Buloh
  • 0193236424 – A&J Sg Merab, Bangi
  • 0178807151 – A&J Shah Alam, Sek 7

Nota Kaki : Harga tidak termasuk 10% caj servis & pembayaran penuh perlu dibuat untuk setiap tempahan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter