Untung Rugi Berniaga
Adat resam dalam berniaga nie, ada pasang & ada surutnya.

Ada masanya untung, dan ada masanya cukup untuk cover kos… sesekali, ada ketikanya juga tiada untung langsung.

Tetapi, kenapa masih teruskan juga?

Semuanya kerana ‘sebab minat’ dan hati rasa tak tenang kalau tak dapat nak berikan yang terbaik buat pelangan. Ye la, bukan setiap hari kita dapat pelangan yang sama.

Mana la tahu, dari servis terbaik yang kita berikan mampu menarik pelangan untuk membeli dengan kita lagi, lagi dan lagi. Paling tidak kurangnya, dia boleh ‘promote’ pada rakan-rakan dia yang lain.

Alhamdulillah, rezeki disitu masih ada. Malah dapat berkenalan dengan pelangan baru.

Cuma baru-baru ini, disebabkan sakit dan kesan dari ubat yang diambil. Boleh pula terlebih bagi baki pada pelangan baru, student pula tue.

Esoknya, student itu mesej, “Salam Pakcik, semalam pakcik terlebih bagi baki RM10. Nak no akaun, saya nak pulangkan balik”

Bro balas, “Tak pe la, sy halalkan… Study elok-elok”

Tau-tau je, sepanjang minggu nie order masuk bertubi-tubi dari kawan-kawan dia sahaja.

Siap ada special request untuk hantar waktu sekian-sekian, sebab mereka nak bawa balik kampung bagi keluarga rasa pula.

Yup, Bro terharu….

Nota Kaki : Sikit lagi duit diperlukan untuk settlekan urusan ‘hutang bukan aku yang buat’ untuk mengelakkan saman / surat mahkamah dikenakan ke atas aku.

Kalau dah kena.

Lagi banyak duit perlu dikeluarkan untuk naik turun mahkamah nanti. Yang keluar? Duit aku juga.

Gambar : Nurul Amalina Mazlan, bukan student yang saya maksudkan.

Tauhu Begedil Puncak Alam

***** Iklan Bersama Bro Framestone *****

Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King

  • Pek Mini RM5/5pcs
  • Pek Sederhana RM15/15pcs
  • Pek Jumbo RM27/30pcs

Delivery sekitar Bandar Tasik Puteri & Bandar Puncak Alam.

Lokasi : Damansara, Sg Buloh, Kelana Jaya, Shah Alam (Bergantung pada jumlah order & pada hari tertentu sahaja)

Berminat? Whatsapp (Nama, Jumlah Order & Lokasi Penghantaran) ke 016 744 0274 (klik nombor untuk memulakan Whatsapp).