March 29, 2024

Dugaan Berumah Tangga – Kehidupan Sebenar Bermula Selepas Kahwin

Raya Sedondon
Kalau korang tengok cerita Melayu, mesti nak ending dia berakhir di jinjang pelamin. Tak pun, berjaya rampas dan kahwin dengan laki/bini orang.

Terutamanya drama tv3, pukul 7.

Sedangkan dugaan sebenarnya dalam bercinta nie, adalah selepas berkahwin.

Waktu itu baru kita terfikir, mampukah kita jadi suami/isteri terbaik buat pasangan kita?

Ada yang berkahwin, tapi tak mampu nak hidup berdua bersama. Maka mereka terpaksa PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) dan duduk berjauhan. Ada juga yang terpaksa /memang nak menumpang rumah parent.

Tidak lupa juga yang terpaksa berumah dalam kereta, sebab tak mampu nak menyewa.

Ada pula yang sudah berkahwin, tapi serba serbi tak cukup. Nak kata masing-masing tak berkerja, berkerja dan gaji pun cukup untuk menyara hidup sampai hujung bulan.

Malangnya,

Hidup berhutang dengan komitment bulanan yang terlalu tinggi. Gaya hidupnya pula tak nak mengalah, macam mana duit gaji tak habis macam tue je. Bak kata perpatah, dari bank ia datang, kepada bank ia pergi.

Ujian Berumah Tangga : Ada / Tiada Anak

Ada pula yang diuji, tak dapat anak walau dah bertahun berkahwin. Setiap tahun time raya dok pekakkan telinga dari soalan panas dari mereka yang tak reti menjaga hati golongan seperti ini.

Ada yang diuji, bila dah dapat anak, masing-masing berebut hak penjagaan lepas bercerai. Lebih mengeruhkan keadaan, bila masuk campur mertua yang cuba memburukan kita di mahkamah semata-mata nak dapatkan hadk pengjagaan cucu mereka.

Ada juga yang stress selepas beranak, dan orang disekeliling mereka tambahkan lagi stress pada masalah yang dorang tengah hadapi. Tak pepasal golongan ini jadi sakit jiwa dan bunuh anaknya tadi.

Ujian Berumah Tangga : Sondol Menyondol

babi hutan

Jangan ingat babi je yang suka menyondol, bahkan ada juga ‘babi’ yang suka menyondol kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Bukan nak burukan orang yang single, tapi orang yang dah kahwin pun masih meyondol dan disondol.

Kalau nak menyondol suami orang, tak pe la juga… laki boleh kahwin 4.

Pe cite kalau nk menyondol isteri orang? Anak dara dekat luar sana banyak kot #foreveralone sebab laki macam korang.

Ujian Berumah Tangga : Mertua, Hutang & Konsultant Tak Bertauliah

Belum lagi kes, mertua tak suka korang (korang bukan menantu pilihan) or korang tak suka balik rumah mertua (kalau balik pun, kejab-kejab je).

Tak lupa juga kes mertua menyampah dapat menantu pemalas dan dok dalam bilik memanjang.

Sikit-sikit memerap dalam bilik, keluar bilik sebab nak makan je. Lepas tue masuk bilik balik.

Lagi parah, bila dapat pasangan yang hidup berhutang dan kita pula yang kena tanggung. If dengan bank, ok lagi. Kalau dengan Ah Long? Habis duit korang nak settlekan hutang Ah long je.

So, dugaan setiap orang berbeza.

Tak perlu nak samakan hidup korang dengan dorang. Dan tak perlu jadi consultant tak bertauliah untuk memperbaiki hubungan orang lain. Silap hari bulan, hubungan korang pula yang bermasalah.

Cuma, kalau nampak ibu tunggal or janda beranak. Bantuilah mereka, bukan menindas mereka.

Susah-susah, tarik je mereka masuk keluarga korang. Makin meriah keluarga korang nanti. Suami pun tersenyum hahahaha

Bicara Bro : Tahniah buat rakan-rakan yang baru difasa awal pregnant. Bagi yang berada dihujung fasa, all da best.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *