Blogger Power Mower RangerJika korang betul-betul perasan la kan. Blogger yang power mower ranger relax je pergi event walaupun “tak berbayar”, event tak habis, article dah publish.

Then perpuluh / beratus ribu orang datang blog dia untuk dapatkan informasi tersebut per day (yup hari, bukan per bulan).

Jangan kata PR je sayang mereka, klient lagi la sayang.

Belum lagi anak isteri.

Erm… Kalau kita sentiasa merungut bila buat sesuatu pekerjaan itu, nescaya kurang keikhlasan + keberkatan dari apa yang kita buat.

Maka hasilnya kadangkala so-so atau mungkin kurang menarik.

Bayangkan 10 tahun dahulu, mereka biasa-biasa tetapi sekarang sudah mempunyai empayar sendiri siap ada team lagi. Dan income bulanan mereka cecah 5 angka atau lebih.

Sepanjang tempoh 10 tahun ini, mereka membina brand / jenama sekaligus membina kepercayaan.

Bro juga penah cuba membina empayar seperti mereka. Malangnya faktor kewangan menyebabkan beberapa projek yang Bro jalanankan tergendala, atau terhenti separuh jalan.

Zaman sekarang,

Orang dah xpandang siapa power + siapa lagi otai. Kalau boleh deliver dengan baik, nescaya akan ada projek susulan.

Xkisahlah kalau korang baru start buat blog hari ini.

Tapi, jangan la pula korang buat blog hari ini (artikle blog baru beberapa ketul dan demand harga hahahaktuiiii). Bina pembaca dan kepercayaan dahulu, insya’lah duit akan datang kemudian.

Bicara Bro : Mesti ada yang tertanya-tanya, Macam mana Bro bertahun-tahun masih bersama dengan klient yang sama?

Itu baru boleh dikatakan Win-Win Situation. Bukannya one-off projek lepas itu bye-bye.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter