Breakfast The Chicken Rice Shop
Hari ini, Bro & Puan Isteri bersarapan di The Chicken Rice Shop, Mid Valley.

Alang-alang Bro ada urusan di sini, ajak dia teman sekali kemudian boleh terus hantar dia pergi kerja.

Kalau ikutkanm, Puan isteri dah banyak kali ajak makan dekat The Chicken Rice Shop, sebab ada satu menu itu dia teringin sangat nak rasa. Malangnya, hari nie kami datang terlalu awal.

Menu yang dia nak mula disajikan seawal pukul 11 pagi.

Tengok jam dekat tangan baru pukul 9.55 pagi. Lapar punya pasal, terus order je apa yang ada dalam menu breakfast The Chicken Rice Shop.

COMBO 5 – Curry Laksa

Puan Isteri order Curry Laksa, katanya rasa ok-ok je jika nak dibandingkan dengan menu di tempat dia biasa makan.

Nasi Lemak Curry Chicken The Chicken Rice Shop

COMBO 4 – Nasi Lemak with Curry Chicken

Bro pula order nasi lemak bersama kari ayam. Berbaloi dan sedap, cuma dari segi harga baik ambil set nasi lemak sekali dengan kari ayam. Kalau ambil nasi lemak biasa, macam tak berbaloi la pula.

Setiap set ini disertakan sekali dengan minuman panas (kopi, teh, teh tarik atau milo).

Untuk maklumat lanjut mengenai menu-menu yang ada dekat The Chicken Rice Shop, korang layari http://www.thechickenriceshop.com/

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter