Iena Eliena - Azam Tahun Baru Cina 2019
Azam Tahun Baru Cina 2019 – Nak mulakan dengan sesuatu yang positif & produktif.

Malangnya…

Susah jika nak positifkan diri jika dikelilingi oleh anasir-anasir negatif. Baik yang jauh mahupun dekat.

Pegang handphone pun dah stress. Bukan stress sebab online dekat media sosial. Tetapi asik dapat msj & call dari peguam untuk tindakan mahkamah dek kerana hutang 4-5 tahun yang lepas.

Dan hutang itu, bukan Bro punya hutang. Tapi dah tercalit nama sendiri. Apa boleh buat…. Dan jumlah hutang itu bukan biasa-biasa.

Tentang produktiviti,

Kesihatan Bro pula tidak mengizinkan untuk menjalani kehidupan yang produktif. Sepanjang bulan ini, Bro kena hadiri beberapa appointment hospital dan Bro sendiri tak boleh nak elak.

So, bisnes yang sedang Bro buat kini agak terganggu produktivitinya, ramai juga customer yang terkilan sebab Bro gagal menenuhi permintaan mereka.

Nak push lebih pun, kita sendiri tahu keadaan diri ini macam mana.

Kalau tak push pula, kita sendiri tahu keadaan kewangan diri ini macam mana.

Tahun 2019 merupakan tahun yang agak mencabar bagi Bro. Komitment bulanan bertambah, anak 2-2 sekolah dan Bro perlu menyediakan tapak yang kukuh untuk persediaan bagi tahun 2020.

Yang pasti, tahun 2020 lagi mencabar, bila masa & wang lebih banyak dihabiskan untuk pelajaran dan pembelajaran anak-anak. Dah la tahun nie tak dapat ang pow dah.

Mak bapa siapa tak nak yang terbaik untuk anak-anaknya? Betul tak?

Nota Kaki : Disebabkan Bro tiada gambar yang sesuai untuk dimasukan dalam artikel ini, maka terpaksa pinjam gambar dari akak model Iena Eliena.

Kredit Model Gambar : Iena Eliena.
Kredit Photographer : Helmi Wong.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter