April 19, 2024

Berjaya Times Square Theme Park Menyeronokkan Seisi Keluarga

Berjaya Times Square Theme ParkTahukah korang, Berjaya Times Square Theme Park telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai sebuah taman tema tertutup terbesar di Malaysia.

Dibuka di dalam Berjaya Times Square, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Malaysia.

Taman hiburan yang luas terletak di tingkat lima pasaraya ni dan direka untuk golongan orang dewasa dan kanak-kanak dengan dua zon berbeza.

Kadangkala bosan juga bila tak dapat nak ronda-ronda pusing pusat bandar dengan kawan atau keluarga atau melakukan aktiviti luar lebih-lebih dimusim hujan atau panas berjerebu.

Risau memudaratkan kesihatan pula.

Dalam hati, teringin juga nak luangkan masa bersama berhibur dan berseronok bersama menaiki roller coaster yang of course akan meningkatkan adrenaline rush di tengah-tengah pusat membeli-belah – yang pastinya, ia lagi kurang menakutkan daripada membiarkan wang korang dihabiskan untuk shopping di pusat membeli-belah.

Hahaha, betul tak?

Sebelum itu, untuk memudahkan urusan korang, apa kata korang beli siap-siap tiket secara online.

Dengan Traveloka, korang boleh dapat cheap Berjaya Times Square Theme Park tickets tau! So apa tunggu lagi? Beli la sekarang..!!!

Berjaya Times Square Theme Park

Berjaya Times Square Theme Park ni dibahagikan kepada 2 bahagian dimana bagaian bawah untuk golongan dewasa dan bahagian atas pula untuk kanak kanak.

Fantasy Garden Berjaya Times Square Theme ParkPermainan untuk kanak-kanak di tempatkan di Fantasy Garden.

So antara tarikan permainan di bahagian kanak-kanak ini termasuk lah; Botanic Drive yang ada safari jeep yang akan bawa kanak-kanak pusing dalam Fantasy Garden ni.

Buddy Go Round pula menempatkan pelbagai jenis binatang yang akan bawa anda pusing-pusing ala-ala Merry Go Round.

Kemudian korang boleh naiki bas yang akan membawa penumpang ke atas dan ke bawah di Crazy Bus.

Funtasy Trail pula adalah permainan kereta api yang akan membawa korang menyelusuri trail yang menarik! Kereta api ini akan melalui perjalanan yang gelap dan mencemaskan dengan spider dan tengkorak manusia di kiri dan kanan korang!

Flying Bumblebee – permainan yang akan bawa anak-anak korang terbang. Honey Bump pula adalah permainan kereta yang akan berlanggar antara satu sama lain.

Di Kid’s Theatre pula, anak-anak korang boleh melayan cerita kartun setelah penat mencuba segala permainan yang ada. Terdapat juga sebuah playground untuk kanak-kanak bermain.

Bagaimanapun, ibu bapa kena tunggu dekat luar je tau! Di kawasan Fantasy Garden ini juga terdapat booth permainan tikam, cubalah nasib korang mana tahu tuah korang dapat hadiah!

Supersonic Odyssey Roller CoasterBagi golong dewasa, korang boleh ke Galaxy Station dimana kesemua permainan di sini adalah lebih mencabar dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Antara permainan yang terdapat di Galaxy Station ini adalah Oort’s Fantasy, DNA mixer, Spinning orbit dan Dizzy Izzy.

Supersonic Odyssey Roller Coaster adalah salah satu tarikan yang paling popular di sini.

Roller coaster ini akan berpusing naik dan turun di seluruh kawasan Berjaya Times Square Theme Park.

Yang pasti korang akan menjerit sampai hilng suara bila naik roller coaster ni!

Tambahan, korang juga boleh cuba permainan 6D Transformer. Tapi untuk main permainan ni, korang kena bayar yuran tambahan.

Selain itu, terdapat juga rumah hantu – Haunted Chamber, yang pasti akan membuat bulu roma korang meremang dengan ‘hantu’ yang menyeramkan! Turut terdapat juga pusat permainan video di sini.

Jika korang ada plan nak buat aktiviti, Berjaya Times Square Theme Park juga mempunyai bilik pesta untuk sambutan hari lahir dan majlis tertentu selain sebuah ‘Kidz Theatre’ serta pelbagai kemudahan untuk memastikan pengunjung selesa.

Bagaimana Nak ke Berjaya Times Square Theme Park?

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Disebabkan Berjaya Times Square Theme Park ni terletak di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur, so korang boleh ambil public transport untuk mengelakkan jem.

Dari KL Sentral, korang boleh menaiki monorel ke arah Titiwangsa dan berhenti di Stesen IMBI. Kalau dengan menggunakan MRT, korang boleh berhenti di stesen Bukit Bintang kemudian jalan sikit dalam 10 minit untuk ke Berjaya Times Square.

Alternatif lain, dari KL Sentral korang juga boleh naik bas GOKL RED dan turun di Stesen Monorail Medan Tuanku, kemudian ambil monorel ke arah KL Sentral dan berhenti di Stesen IMBI.

So, apa tunggu lagi, jom dapatkan the best deal dengan Traveloka Malaysia di https://www.traveloka.com/en-my/activities.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Berjaya Times Square Theme Park Menyeronokkan Seisi Keluarga

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *