ACER Predator Thronos
Pada penghujung tahun 2018, Acer Malaysia telah memperkenalkan sebuah kokpit gaming khas buat para gamer melalui model Predator Thronos yang dijual pada harga RM56,999.

Wowww….!! Harga dah boleh dapat sebiji kereta & lepas deposit untuk beli rumah tue.

Bagaimana pun, ianya berbeza daripada kerusi gaming yang banyak ditawarkan di pasaran ketika ini. Model ini membolehkan para pengguna duduk dengan sisi 140 darjah serta mampu menyokong sehingga tiga monitor 27-inci.

Melalui pakej yang ditawarkan, para pengguna turut menerima desktop Predator Orion 9000 yang hadir dengan penyertaan spesifikasi yang tinggi. Penggunaan Intel Core i7, NVIDIA GeForce 1080 Ti, RAM 16GB, SSD 256GB serta ruang storan 2TB pastinya membuatkan pengalaman bermain game anda lebih puas.

ACER Predator Thronos

Ia turut disertakan bersama tiga monitor Acer Predator 27-inci yang menyokong NVIDIA G-Sync. Turut diberikan secara percuma adalah mouse gaming Predator Galea 300, fon telinga Predator Cestor dan keyboard gaming Predator Flare.

Selain itu, bahan yang digunakan sebagai kusyen cukup selesa, tetapi apa yang membuatkan kerusi ini benar-benar berbeza ialah kebolehannya untuk diubahsuai ke posisi yang sedikit bersandar seperti anda sedang berbaring dan bahagian paparan juga akan digerakkan untuk diselarikan dengan pandangan anda.

ACER Predator Thronos Preview

Menurut Pengurus Kanan Produk Jualan dan Perkhidmatan Acer Sdn Bhd Jeffrey Loi, beliau memaklumkan kerusi berkenaan bernilai RM56,999 dengan satu tahun jaminan.