You are here
Home > Gathering Geng Blogger > Perlu Ke Diwujudkan Persatuan Buat Blogger Di Malaysia?

Perlu Ke Diwujudkan Persatuan Buat Blogger Di Malaysia?

Sahabat Blogger Gathering 2011

Sekitar tahun 2009/2010 pernah dicadangkan untuk buat Persatuan khas untuk blogger Malaysia.

Lebih lebih lagi bila Bro dan geng berjaya anjurkan beberapa siri gathering blogger yang mendapat liputan di media masa. Dalam masa yang sama mengumpulkan beberapa blogger dari seluruh Malaysia.

Tetapi disebabkan tiada admin / individu yang boleh bagi komitment maka, idea tersebut terkubur sama seperti mana terkuburnya ‘Geng Blogger”.

Orang Kuat Geng Blogger

Antara muka orang kuat Geng Blogger satu ketika dahulu.

Ada tak yang masih korang kenali?

Pada penghujung 2010, Bro dan beberapa individu berjaya kumpul hampir 3,000 blogger dalam satu group yakni ‘Sahabat Blogger’ dalam tempoh beberapa minggu.

Siap lokasi gathering pertamanya di’taja’ dan sesuai untuk menampung kapasiti yang ramai ketika itu.

Lebih menarik lagi,

Ada rakan selebriti yang turut serta memeriahkan gathering ini. Tidak lupa juga liputan yang dibuat oleh 1tube.my melalui laman tube yang mereka bangunkan ketika itu.

Malangnya, belum sempat nak buat AGM (antara syarat sah untuk apply persatuan), blogger dah start berpecah dan berpuak.

Dan kesannya masih terasa sehingga kini.

Pelbagai usahakan dilakukan oleh segelintir rakan untuk menubuhkan kelab atau persatuan. Malangnya isu ‘kepuakan’ masih mendalam.

Apa-apa pun, jika ada yang berjaya / ingin lakukan, Bro tetap sokong tanpa memuak kepada mana-mana pihak.

Kenangan Iftar Geng Blogger Tahun 2010

Update Terkini : Denaihati Network bercadang untuk mewujudkan Persatuan Blogger sebagai salah satu perancangan mereka bagi tahun 2019.

Jika ada mana-mana pihak yang ingin membuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada komuniti blogger, Bro tetap akan sokong. Anda pula?

Iftar Bersama Blogger 2014

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top