March 29, 2024

Kongsi Azam Tahun Baru 2019 & Menang Telefon Pintar Neffos C7

Giveaway Neffos C7
Apa azam tahun baru anda? Jom kongsikan azam tahun baru 2019 dan anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar Neffos C7 dari Neffos Malaysia.

Tak susah pun, hanya perlu kongsikan azam tahun baru anda. Nak kitar semula azam tahun sebelum-sebelum ini pun boleh. Kecuali dalam hidup anda, tiada azam mahupun sahabat/kenalan bernama Azam.

Apa yang anda perlu buat?

  1. Kongsikan artikle blog ini di laman facebook anda (pastikan post tersebut diset kepada public). Pada ruangan kapsyen anda sertakan azam tahun 2019 yang anda boleh kaitkan dengan Neffos C7 (Tak perlu tulis panjang2. Biar ringkas, padat & mudah dicapai azamnya).
  2. Sertakan hashtag : #NeffosC7 #NeffosC7xBroFramestone dan Tag Facebook Neffos Malaysia (https://www.facebook.com/neffos.my/) pada kapsyen anda.
  3. Tarikh tutup penyertaan : 13 Januari 2019 (11.59pm)
  4. Jangan lupa isi borang di PAUTAN INI (klik please) untuk pengesahan penyertaan anda. Pastikan email & no telefon boleh dihubungi / aktif untuk dihubungi sekiranya anda terpilih sebagai pemenang.
  5. Pemilihan pemenang berdasarkan kreativiti azam dan dikaitkan bersama dengan ciri-ciri yang ditawarkan pada Neffos C7.

Tiada idea?

Boleh rujuk kepada azam tahun baru 2019 yang Bro kongsikan dibawah.

Azam Tahun Baru 2019 Bro Framestone Bersama Neffos C7

Review Neffos C7

Tak salah pun berazam jika akhirnya gagal ditunaikan, kecuali azam itu berkaitan dengan orang lain mahupun dengan kepercayaan agama korang.

Tetapi azam ini yang akan menjadi pembakar semangat anda untuk mengharungi tahun baru yang mendatang walaupun ianya hanya bertahan selama berapa minggu sahaja dan akan cuba ditunaikan pada penghujung tahunnya (betul tak?).

Well…

Kita hanya mampu merancang, selebihnya terserah pada diri sendiri sama ada nak buat atau tidak hahaha.

By the way, jom baca beberapa azam tahun baru 2019 dari Bro Framestone bersama Neffos C7 (yang dah beberapa bulan Bro gunakan).

1 – Luangkan Lebih Masa Dengan Keluarga.

Untuk tahun 2019 ini, Bro akan luang lebih masa bersama keluarga sama ada di rumah mahupun diluar rumah walau sepenat mana pun. Sama seperti bateri Neffos C7 kapasiti hanya 3060 mAh, tetapi ia mampu bertahan sehingga 429 jam (Standby Time) dan 23 jam untuk waktu bercakap (Talk Time).

2 – Berjimat Cermat

Benda paling sukar ditunaikan, bila terlalu banyak sale lalu depan mata dan tabung rimau tengah banyak duit.

By the way, tahun 2019 Bro akan cuba berjimat cermat dalam berbelanja. Hanya beli sesuatu yang berbaloi dan memenuhi keperluan semasa pada harga lebih murah.

Sama seperti harga Neffos C7 yang dijual lebih murah berbanding dengan telefon pintar lain yang memiliki spesifikasi lebih kurang sama.

3 – Beri Perlindungan & Jaminan Kepada Keluarga

Keluarga Bro Framestone Unicorn

Sebagai ketua keluarga, Bro akan buat yang terbaik untuk beri perlindungan dan jaminan masa depan kepada keluarga Bro.

Sama seperti Neffos C7 yang didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun dari pihak Neffos. Ia turut ditawarkan One To One Exchange sekiranya telefon pintar anda bermasalah dalam tempoh 3 bulan pembelian.

4 – Pantas Bertindak / Berkerja

Tahun 2019, dah tak boleh bermalasan seperti tahun sebelumnya. Semuanya kena pantas, supaya peluang dan ruang untuk mencari nafkah buat keluarga sentiasa terbuka.

Review Neffos C7

Sama seperti Neffos C7 yang mempunyai kepantasan 0.2saat untuk nyah kunci menggunakan fungsi pengimbas cap jari.

Begitu juga kamera utamanya yang didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 serta sokongan PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

Ok, cukup 4 sahaja dari Bro.

Kalau nak tahu serba sedikit mengenai Neffos C7, Anda boleh baca artikel : https://www.broframestone.com/2018/07/8-ciri-neffos-c7/. Jom sertai giveaway ini sekarang juga…!!!

Penafian : 6 telefon pintar Neffos C7 ditaja oleh pihak Neffos Malaysia sempena giveaway yang dianjurkan di Blog Bro Framestone bagi tahun 2018.

3 telefon pintar telah diumumkan pemenangnya sewaktu sesi pertama giveaway ini berlangsung. Masih berbaki 3 biji telefon pintar Neffos C7 untuk anda menangi sebagai penutup tirai tahun 2019.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Kongsi Azam Tahun Baru 2019 & Menang Telefon Pintar Neffos C7

  1. Ya Allah, phone saya memang tengah problem dengan skrin retak seribu sekarang.

    Nak beli baru pun berapa la sangat pendapatan fulltime blogger ni kan. Padahal phone adalah pekara paling penting untuk kegunaan blogging.

    Semoga ada rezeki saya ya bro ?

  2. Semoga berjaya sihat cantik dan bergaya serta dimurahkan rezeki bersama Neffos C7?

    #NeffosExlusive
    #NeffosC7
    #Neffosxbroframestone
    #NeffosMalaysia
    #NeffosTrandingNo1
    #NeffosTelephonePintarTerkini
    #NeffosPalingBergaya
    #NeffosTerusGemilang
    #NeffosTerbaikBosskur

  3. Azam memang banyak tp tak tau lah capai tidak..yg penting usaha sehabis baik..MCM telephone pintar Neffos sentiasa memberikan yg terbaik utk penggunanya,

    Serius jatuh cinta dengan #NeffosC7 #NeffosC7xbroframestone #NeffosPilihanTerbaik #NeffosMalaysia

  4. Okey, dah join. Semoga ada rezeki untuk travel lebih jauh bersama Neffos C7, inshaAllah

    Azam Tahun ni set 3 je. Harap dapat dicapai macam tahun-tahun sebelum ni. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *