You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > 6 Menu Texas Chicken New Big Deals Dengan Citarasa Korea, Jepun atau Thai

6 Menu Texas Chicken New Big Deals Dengan Citarasa Korea, Jepun atau Thai

Peminat Texas Chicken New Big Deals

Terkejut Bro, bila Puan Isteri ajak keluar makan di Texas Chicken yang terletak di Tesco Setia Alam.

Katanya, ada menu terbaru + menu tersebut ala Korea gitew.

Apa salahnya tunaikan permintaan Puan Isteri, betul bukan? Lagipun jarak perjalanan hanya 20 minit dari rumah yang kami duduk sekarang nie.

Jika sebelum ini,

Semestinya ayam goreng Texas Chicken menjadi pilihan Puan Isteri, kali ini dia nak try menu baru pula.

Texas Chicken New Big Deals ditawarkan pada harga antara RM3.80 hingga RM5.80 bergantung kepada lokasi outlet tersebut.

Murah bukan?

Keenam-enam menu ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Rice Bowl, Mash Bowl dan Porridge.

Setiap kategori mempunyai 2 variasi pilihan.

Set Menu Texas Chicken New Big Deals

Disebabkan ingin sangat nak rasa menu terbaru Texas Chicken ini, maka kami order Chicken Porridge (Untuk anak Bro), Spicy Korean Rice Bowl (Menu yang Puan Isteri nak sangat) dan Spicy Korean Mash Bowl.

Disertakan sekali dengan ayam goreng dan kentang goreng

Spicy Korean Rice Bowl 

Spicy Korean Rice Bowl - Texas Chicken

Puan Isteri memang peminat makanan Korea.

Tengok dia berselera pula makan Spicy Korean Rice Bowl, tak pandang kiri kanan. Buat Bro sendiri terliur nak merasainya juga.

Suapan pertama, ianya berjaya membuat Bro jatuh hati.

Terus beratur nak beli lagi satu dan sebelum balik, Bro sempai tapau lagi satu untuk dibawa pulang.

Keenakkan serta kepedasannya benar-benar terasa bila nasi bersama ayam goreng dan sayur dimakan dengan sos korea yang manis serta pedas. Setiap suapan benar-benar bermakna.

Selain citarasa dari Korea, turut disertakan menu bercitarasa Jepun yakni Japanese Roasted Sesame Rice Bowl (Next time nak rasa ini pula).

2 menu yang berbeza tetapi memudahkan anda membuat pilihan sama ada nak makan hidang ala Korea, atau hidangan ala Jepun.

Chicken Porridge

Chicken Porridge - Texas Chicken

Chicken Porridge (bubur ayam), menjadi hidangan kedua-dua anak Bro.

Bubur hangat ini dihidangkan bersama dengan potongan isi ayam yang lembut, dihiasi dengan minyak bijan, daun bawang, bawang goreng rangup dan cili yang dihiris nipis.

Memang menjadi pilihan kedua-dua anak Bro.

Jika nak pedas, korang boleh cuba Spicy Thai Porridge. Bro tak pasti tahap kepedasannya macam mana. Mungkin boleh cuba di lain masa, atau jika korang dah pernah rasa, kongsikan pengalaman korang di ruangan komen.

Dari komen yang Bro baca di laman sosial, Spicy Thai Porridge ditaburkan dengan crispy tom yam flavour potato flakes.  Kiranya ada rasa Tom Yam dekat situ.

Ini buat rasa nak cuba Spicy Thai Porridge di lain masa.

Spicy Korean Mash Bowl

Spicy Korean Mash Bowl - Texas Chicken

Spicy Korean Mash Bowl lebih kurang sama macam Spicy Korean Rice Bowl, cuma nasi ditukar kepada kentang putar.

Bagi yang lebih gemar menikmati kentang putar berbanding nasi, anda boleh cuba Spicy Korean Mash Bowl dengan sos manis dan pedas Korea.

1st time Bro makan kentang putar yang pedas macam ini yang mengandungi tenders Texas Chicken lagi.

Jika tak tahan pedas, korang boleh cuba menu yang lagi satu – Japanese Mash Bowl. Ini pun antara menu yang akan Bro cuba bila ke Texas Chicken kelak.

Texas Chicken New Big Deals

Texas Chicken New Big Deals?

Antara menu yang terdapat dalam Texas Chicken New Big Deals ;-

  1. Japanese Roasted Sesame RICE BOWL
  2. Spicy Korean RICE BOWL
  3. Chicken PORRIDGE
  4. Spicy Thai PORRIDGE
  5. Japanese MASH BOWL
  6. Spicy Korean MASH BOWL

Kesemua menu terbaru ini ditawarkan pada harga antara RM3.80 hingga RM5.80 bergantung kepada lokasi outlet tersebut.

So, apa korang tunggu lagi, jom ke Texas Chicken dan cuba menu terbaru mereka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.facebook.com/texaschickenmalaysia atau http://www.texaschickenmalaysia.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top