You are here
Home > Iklan > Advertorial > Nikmati Hiburan Lebih Versatil Dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Nikmati Hiburan Lebih Versatil Dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

ViewSonic Corp., hadir dengan inovasi terkini mereka, projektor ultra-mudah alih LED M1 dengan speaker harman/kardon® terbina-dalam.

Bro sendiri jatuh cinta kali pertama ketika menggunakan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini.

Mana tidaknya, dah la ringan, kecil dan comel. Saiz sebesar tapak tangan membolehkan ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Kini korang ada lebih pilihan yang senang dan lebih versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun berada di rumah mahupun di tempat awam.

ViewSonic M1 Mobile Projector

Walaupun kecil, fungsinya masih sama dimana ianya mampu memainkan video sama ada dari memacu data mahupun telefon pintar dan membolehkan rakan-rakan anda berkongsi pengalaman menonton bersama.

Tiada la korang menghadap layan telefon pintar sorang-sorang ketika sedang lepak bersama rakan-rakan.

Ia juga menggunakan bateri terbina yang mampu bertahan selama 6 jam dan boleh di cas semula menjadikan ia memang berbaloi untuk anda miliki.

Harganya? Hanya RM1,349 dan anda boleh dapatkan secara online di :

Serta pengedar sah ViewSonic seluruh Malaysia.

5 Fakta Menarik Mengenai ViewSonic M1 Yang Perlu Anda Tahu

ViewSonic M1 Mobile Projector

1 – ViewSonic M1 merupakan projektor mudah-alih yang mampu mewujudkan pengalaman menonton yang fleksibel bagi individu dan keluarga.

Kini tiada alasan untuk anda meluangkan lebih masa dengan keluarga walaupun ketika makan, tidur mahupun beriadah dihadapan rumah.

Asalkan ada dinding yang bersesuaian, sudah memadai. Selebihnya, serah kepada ViewSonic M1.

Ia mempunyai kecerahan sehingga 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. serta mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan walaupun di lokasi yang kecil.

ViewSonic Projector

2 – ViewSonic M1 adalah pilihan terbaik dengan bateri terbina-dalam yang menjanjikan kuasa sehingga enam jam dan ianya boleh dicas.

Lebih menarik lagi.

Telefon pintar yang berhubung dengannya turut dicas ketika digunakan bagi memastikan bateri telefon pintar anda tidak kehabisan ketika digunakan bersama ViewSonic M1.

Ia turut mempunyai storan 16GB memori terbina dalam yang membolehkan korang menyimpan terus fail media dan dimain-balik semula dengan mudah, serta teknologi LED yang mampu bertahan sehingga 30,000 jam penggunaan berterusan.

ViewSonic M1 Mobile Projector

3 – Ia mampu memberi paparan 360-darjah, dimana korang boleh menayangkan multimedia menggunakannya sama ada pada dinding kosong ataupun pada siling.

Jika rumah korang tiada dinding kosong, dekat siling pun jadi la.

Boleh guna ruang dalam bilik anda sepenuhnya. Lagipun, ViewSonic M1 hanya bersaiz tapak tangan.

Tak makan banyak ruang untuk penyimpanannya.

Korang boleh menikmati imej sempurna dari setiap sudut dengan sistem keystone automatik yang boleh membetulkan imej yang diunjurkan oleh M1.

Ia juga mempunyai sistem keselamatan terbina-dalam yang akan menutup lensa buat sementara apabila terdapat objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor.

4 – ViewSonic M1 turut didatangkan dengan dwi-speaker harman/kardon® yang mampu menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah.

Ia sesuai untuk pengalaman menikmati musik mahupun video ketika berada di rumah mahupun di jalanan.

Dengan satu butang, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon®, bersiap-sedia untuk memain-balik fail audio berkualiti tinggi.

ViewSonic Projector

5 – M1 juga menawarkan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah dengan menggunakan pacuan microSD yang terbina-dalam, sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C, Audio keluar dan HDMI.

Sambungan USB Jenis-C M1 membolehkan pengguna untuk strim video, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua korang berada.

ViewSonic Projektor 4K UHD Baru: Sistem Projektor Rumah Yang Mengagumkan

ViewSonic M1 Mobile Projector

Kita sendiri sedia maklum bahawa kandungan hiburan 4K UHD semakin banyak dihasilkan di dalam bentuk rancangan TV, filem dan strim.

Oleh itu, ViewSonic Corp turut melancarkan projektor 4K UHD baru yang telah direkan untuk pengguna yang ingin memain-balik kandungan 4K ke skrin yang besar.

Bro sendiri akui, ViewSonic Projektor 4K UHD merupakan model terbaik untuk anda gunakan di ruang tamu, mahupun dibilik tidur dengan harga yang sangat berpatutan, tanpa perlu memikir mengenai pencahayaan persekitaran.

ViewSonic Projector

ViewSonic PX747-4K mampu memberikan gambar yang jelas dan penuh dengan butiran, yang hanya boleh diberikan oleh paparan dengan resolusi empat kali ganda dari Full HD.

Untuk lokasi hiburan dengan pencahayaan ambien yang tinggi , PX747-4K datang dengan lampu 3500 ANSI Lumens untuk gambar yang terang dan jelas – walaupun di bawah cahaya lampu yang terang.

Ia turut hadir dengan dua port HDMI dan sokongan HDCP2.2 yang serasi dengan peranti hiburan rumah seperti pemain Blu-ray 4K dan PS4 Pro.

ViewSonic Projector

Anak kunci seperti Google Chromecast dan stik TV lain boleh terus disabungkan ke port USB untuk strim kandungan multimedia terus ke skrin besar dan pada masa yang sama membekalkan kuasa untuk peranti tanpa wayar, agar kuasa luaran tidak diperlukan.

M1 dan PX747-4K kini berada di pasaran pada harga RM1,349 dan RM5,999 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah.

Untuk berita lanjut dan informasi mengenai ViewSonic, korang boleh lawati ViewSonic.com/my dan Laman Facebook Rasmi ViewSonic.


Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top