You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Terkena ‘Kejutan’ Rasa Pizza Chicken Cheesy Bites Terbaru Dari Pizza Hut

Terkena ‘Kejutan’ Rasa Pizza Chicken Cheesy Bites Terbaru Dari Pizza Hut

Pizza Chicken Cheesy Bites

Pizza Hut Malaysia kini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites.

Kali ini, ianya didatangkan bersama dengan ‘kejutan’ rasa yang pasti korang tidak dapat jangkakan, menjadikan ia sesuatu yang mampu menambah keseronokan sewaktu makan bersama keluarga mahupun dengan rakan – rakan.

Sewaktu Pizza Hut Malaysia memperkenalkan Pizza Chicken Cheesy Bites, Puan Isteri menjadi mangsa terawal terkena ‘kejutan’ ini.

Image New Chicken Cheesy Bites

Untuk pengetahuan korang, ‘kejutan’ ini tersembunyi di antara 2 daripada 18 cheesy bites yang menyembunyikan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya!

Maknanya, ada kebarangkalian 11% anda bakal menjadi mangsa ‘kejutan’ ini yang pasti menjadikan pengalaman menikmati Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan.

Pizza Hut turut menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan.

Tetapi jangan lupa untuk memuat naik gambar pengalaman ‘kejutan’ yang menyeronokkan ini di media sosial. Mana tau, korang dapat ‘kejutan berganda’ dalam bentuk wang ringgit mahupun voucher.

Bukan itu sahaja, untuk menambah kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.

Stay Tune….!!!!

Pizza Hut Brings a Surprise with the New Chicken Cheesy Bites

Majlis pelancaran turut disertai barisan pelakon filem GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir.

Kehadiran mereka bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama.

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober kelak.

Pastikan Korang Semua Terkena Dengan ‘Kejutan’ Chicken Cheesy Bites!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan.

Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”.

Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

  • 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
  • Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
  • 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.

Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan cara untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, korang boleh layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top