You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Pengalaman Bercuti 3 Hari 2 Malam di Resorts World Kijal, Terengganu

Pengalaman Bercuti 3 Hari 2 Malam di Resorts World Kijal, Terengganu

Resorts World Kijal, Terengganu

Plan untuk bawa keluarga bercuti dalam masa terdekat termakbul bila dapat curi peluang membawa mereka bercuti selama 3 hari 2 malam di Resorts World Kijal, Terengganu.

Walaupun percutian ini tanpa dirancang, tetapi amat berbaloi bila dapat luangkan masa bersama mereka ke lokasi jauh dari ibu kota.

Perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 4 jam (bergantung pada kelajuan + berapa kali pit stop diperlukan), ianya tidak terasa sangat bila bergerak di awal pagi.

Anak pun tak banyak songeh asalkan dapat bercuti dan lokasi percutian kami ada ‘sesuatu’ yang mereka inginkan.

Resorts World Kijal, Terengganu

Resorts World Kijal, Terengganu

Walaupun perjalanan memakan masa sehingga 4 jam. Pemanduan melalui Lebuhraya Pantai Timur tidak terlalu memenatkan.

Lagipun tidak sukar untuk mencari lokasi Resorts World Kijal bila kebanyakan simpang disertakan dengan papan tanda.

Bila sampai je, terasa macam tenang dan segala tekanan dapat dilepaskan untuk menikmati percutian yang amat bermakna buat kami sekeluarga.

Resorts World Kijal, Terengganu

Resorts World Kijal, Terengganu

Resorts World Kijal, Terengganu

Resorts World Kijal, Terengganu

Nak lagi best, dapat pula bilik dengan pemandangan laut.

Nampak tak apa yang ada diluar tingkap bilik kami? Itulah ‘sesuatu’ yang Bro maksudkan tadi, yakni kolam renang yang menjadi ‘benda wajib’ kalau nak bawa anak pergi bercuti.

Kalau tiada kolam renang, mahu dah balik cuti dia dok tanya, “Kenapa hotel kita tiada kolam renang?”. Bernanah telinga dok dengar soalan yang sama dari dia sepanjang perjalanan balik.

Bilik yang kami duduk terdapat ‘tingkap slide’ yang boleh di buka diantara ruangan tidur dengan bilik mandi. Maka boleh nampak apa yang anak-anak buat dalam bilik mandi sambil kita baring atas katil.

Resorts World Kijal, Terengganu

Ok, ini aktiviti utama si anak,

Seronok mereka bila dapat mandi kolam. Siap dapat ramai kawan kata mereka.

Tidak dinafikan, hujung minggu Resorts World Kijal menjadi merupakan lokasi pilihan untuk setengah warga kota meluangkan masa hujung minggu mereka bersama keluarga.

Aktiviti Menarik di Resorts World Kijal Pada Musim Penyu Bertelur

Resorts World Kijal, Terengganu

Untuk pengetahuan anda,

Resorts World Kijal mempunyai pantai mereka yang tersendiri yang menjadi lokasi pilihan penyu mendarat untuk bertelur. Malangnya jumlah penyu yang mendarat makin berkurang setiap tahun.

Maka pihak pengurusan Resorts World Kijal mengambil inisiatif untuk menjaga dan memelihara khazanah ini supaya ianya tidak pupus dan dapat disaksikan oleh generasi akan datang.

Bagi pengunjung yang mengambil 3D2N Sea Turtle Package, anda berpeluang untuk mempelajari dan melihat bagaimana caranya proses telur penyu di tanam.

Suhu pasir pantai juga mempengaruhi jantina penyu yang bakal menetas.

Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman melepaskan anak penyu kembali ke laut, sambil mengharapkan mereka berjaya meneruskan hidup dan akan kembali semula ke sini untuk bertelur.

Pantai Penunjuk, Kijal

Sebelum pulang ke ibu kota,

Kami sempat singgah ke Pantai Penunjuk, Kemamang yang terletak tidak jauh dari Resorts World Kijal.

Cantik tak pemandangan di pantai ini? Sesuai untuk anda bergambar kenang-kenangan dan sebenarnya lokasi ini merupakan lokasi pilihan pengambaran untuk drama mahupun filem.

Perghhh…!!

Paling Bro tak sangka, pantai yang cantik ini merupakan perkampungan nelayan dan kebanyakan penduduk di sini adalah nelayan.

Maka, kalau anda nak cari ikan bilis / ikan kering untuk dibawa pulang, anda boleh cari di sini dan harga masih boleh tawar menawar jika anda pandai hahahaha.

Resorts World Kijal, Terengganu

Sekiranya anda ke pantai timur untuk bercuti, anda boleh jadikan Resorts World Kijal sebagai salah satu destinasi pilihan anda.

Resorts World Kijal

Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100 Kijal, Terengganu

Laman Web : www.rwkijal.com

Resorts World Kijal, Terengganu

Memang percutian kami sekeluarga di Resorts World Kijal, Terengganu banyak meninggalkan kenangan serta pengalaman berharga.

Anda boleh menikmati harga bilik di Resorts World Kijal bermula dari RM410 semalam.

Dan mereka turut menawarkan beberapa pakej penginapan yang menarik termasuk 3D2N Sea Turtle Package yang berharga RM682 semalam di bilik Premier Seaview, termasuk sarapan bufet untuk 2 orang di Restoran Kampong dan boleh pilih sama ada untuk mengikuti sesi penamanan telur penyu ataupun pelepasan penyu.

PENAFIAN : Ini merupakan pakej bermusim sempena musim penyu bertelur

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top