You are here
Home > Pengalaman > Adik Bongsu Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang

Adik Bongsu Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang

Alhamdulillah

Dengan ini kesemua adik-beradik yakni anak kepada Haji Mohammad Nor & Hajjah Omaya telah memiliki pasangan hidup masing-masing.

Adik paling bongsu kami sah menjadi suami kepada gadis pilihan hatinya.

Diam-diam je dia bercinta ek, tau-tau dah nak kahwin.

Sorang di selatan, sorang lagi sikit lagi nak sampai utara. BerPJJ la hampa noh…!! (PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh).

Sebagai abang yang sulung, dah boleh relax & tak perlu risau sangat pada adik-beradik. Semuanya dah berkeluarga & berkerjaya.

Cuma sebelah isteri, baru ada sorang sahaja adiknya yang sudah berkahwin. Yang lain tunggu masa & ada juga masih belajar. Maka sebagai abang ipar sulung mereka, tanggungjawab masih ada lagi.

Walaupun masing-masing sudah berkahwin dan punyai keluarga sendiri. Ukhwah perlu sentiasa dijalinkan.

Kata orang, jangan sampai putus sedara. Lagi-lagi adik beradik kerana adik beradik ini la sedara terdekat kita selepas ketiadaan ibubapa kelak.

Adik Beradik Bro Framestone
Gambar sewaktu zaman bujang dahulu

Nampak tak muka-muka kami zaman bujang dahulu. Masing-masing muka tak sama, sampaikan orang tak anggap kami ini adik-beradik.

Terdiri dari 3 lelaki & seorang perempuan.

Semuanya ikut jejak langkah ayah, yakni lebih kepada bidang elektrik berbanding Bro yang cuba memilih arah laluan sendiri kepada bidang perniagaan.

Tapi, masing-masing semua suka memancing. Ikut hobi ayah & Bro salah seorang yang pernah menang pertandingan memancing satu ketika dahulu.

Mesti korang tak percaya bukan?

Haji Mohammad Nor Hajjah Omaya

Anyway…..

Kedua ibu bapa kami yakni Haji Mohammad Nor & Hajjah Omaya dah boleh berehat dan luangkan masa bersama berjalan ke sana ke sini menziarahi anak-anaknya.

Bro pula, kadangkala sebulan sekali pasti akan pulang ke Perak.

Cuma, kena cari masa yang sesuai untuk pulang ke Johor (sebelah isteri), harapkan pada cuti persekolahan je baru dapat balik ke sana.

Jika diberi kesempatan, nak sangat dapat luangkan lebih masa bersama mereka, tapi keadaan tidak sama seperti waktu mak ayah muda & kami pula tidak terbeban dengan masalah duniawi he…23x

Anyway,

Hari ini, ulang tahun kelahiran adik perempuan Bro. Selamat Hari Jadi.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on “Adik Bongsu Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top