You are here
Home > Terkini > Tip & Panduan Pengurusan Pemasangan Unifi Di Rumah Baru

Tip & Panduan Pengurusan Pemasangan Unifi Di Rumah Baru

Pemasangan Unifi

Alhamdulillah, urusan pemasangan Unifi berjalan lancar sejak berpindah & jadi warga Puncak Alam.

Sekarang sudah boleh online lelaju dekat sini.

Jika sebelum ini (sewaktu duduk rumah lama), berjambang nak tunggu bila unifi akan masuk area sana. Rasanya dari tahun 2012 dah dengar dorang cakap Unifi akan masuk area sana.

Yang ada pun unifi lite (streamyx) dengan kelajuan paling tinggi pun 2Mbps. Tapi itu pun kena tunggu orang terminate baru ada port kosong.

Selamat ada jiran yang prihatin, dapat juga menumpang streamyx rumah dia bagi tempoh 3-4 tahun. Tapi pepaham la kan, kenkadang internet pun cukup-cukup nafas je boleh digunakan.

Maka, banyak benda tergendala.

Apa-apa pun, terima kasih Muhamad Faizal Anuar PJ sebab tolong daftarkan dan selesaikan urusan dari A~ Z.

Kalau rasa nak pasang unifi, boleh roger dia. Kalau nak pasang lagi satu, dia ada adik ipar comel hahahaha

Tip Sebelum Memasang Unifi Di Kediaman Anda

Di sini, Bro ingin kongsikan beberapa tip sebelum korang apply Unfi untuk kediaman anda. Ianya berdasarkan pengalaman Bro berpindah randah sebelum ini.

  1. Kenal pasti liputan internet di kawasan yang ingin anda duduki (rakin-rajin survey & tanya jiran sekeliling).
  2. Senaraikan beberapa pilihan untuk anda buat perbandingan. (Macam kes Bro, kami bandingkan Unifi dengan Maxis Fibre. Memang Maxis Fibre lebih murah tetapi nak rasai “pakej yang dorang tawarkan” kena buat pendaftaran awal dan pemasangan dalam tempoh 1-2 minggu selepas pakej ini diumumkan ; kira macam lewat sebulan baru dapat rasa internet dorang)
  3. Hubungi internet provider untuk dapatkan pengesahan liputan di lokasi anda.
  4. Check kediaman anda sesuai atau tidak untuk buat pemasangan & cara pemasangan yang macam mana yang anda inginkan. (Macam kes Bro, sian dekat budak yang nak pasang Unifi. Sebabnya dinding & bumbung rumah keras dan susah untuk ditebuk. Kalau nak tebuk, makan masa juga ; Maka terpaksa cari bahagian bumbung dengan senang ditebuk, cuma jauh dari port tempat Bro letak moderm je la).
  5. Pemilihan pakej yang bersesuaian. (Tak guna bayar mahal untuk pakej berkelajuan turbo sehingga 100Mbps jika penggunaan seisi rumah kurang dan segala gajet anda tidak support internet berkelajuan tinggi).
  6. Cari ejen yang boleh anda percayai. Macam kes Bro, kami guna khidmat dari Muhamad Faizal Anuar PJ .
  7. Prepare duit extra. (Sebab pemasangan selalunya sub kepada kontraktor & pemasangan adalah PERCUMA sekiranya tiada penambahan kabel atau risiko pemasangan yang mereka akan ambil)
  8. Jangan lewat bayar bil, jika tak nak dikenakan cas penalti sekiranya akaun anda digantung. Jimat sikit duit dekat situ.

Nota Kaki : Sebelum ini, Telekom Malaysia Bhd (TM) telah memperkenalkan pakej unifi mampu milik, unifi Basic pada harga RM79 dengan kelajuan 30Mbps dengan penggunaan 60GB sebulan.

Nampak macam berbaloi, tapi tak sesuai dengan penggunaan kami sekeluarga.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Tip & Panduan Pengurusan Pemasangan Unifi Di Rumah Baru

Leave a Reply

Top