May 4, 2024

6 Pemenang Jersi Bertandatangan Messi, Neymar Dan Hazard Dari Yoodo

Jersi Bola Tandatangan Messi, Neymar dan Hazard

Korang ingat lagi tak peraduan yang diadakan oleh Yoodo sempena kempen Yoodo Bola buat para pelanggan Yoodo?

Pemenang telah diumumkan melalui Facebook Live, seminggu selepas Perancis menjulang trofi Piala Dunia 2018.

Maka diatas ini, merupakan 3 orang pemenang dari 6 pemenang bertuah yang memenangi enam jersi bola sepak yang ditandatangani oleh Messi, Neymar, dan Hazard.

Jeles tak?

Kevin Kumar Kempen Yoodo Bola

Salah seorang pemenang, Kevin Kumar, 23, dari Port Dickson, memenangi jersi yang ditandatangani Hazard merupakan pelanggan Yoodo sejak lima bulan lalu.

“Saya sangat gembira dapat memiliki jersi Hazard kerana prestasinya sepanjang perlawanan dan kejohanan Piala Dunia sangat baik.”

Peminat tegar bola sepak ini berkata dia tidak sabar hendak membingkaikan jersi yang dimenanginya di mana ia melengkapkan koleksi poster bola sepak di dalam biliknya.

Beliau juga ingin melihat lebih peraduan seumpama ini dianjurkan Yoodo.

Mengulas pengalamannya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih Malaysia yang terbaharu,

“Saya membuat keputusan untuk mencuba Yoodo kerana saya boleh mengubah suai pelan sendiri. Setakat ini ia sangat baik dan sekarang saya sentiasa mempunyai liputan 4G penuh dan perkhidmatan pelanggan mereka melalui “Live Chat” amat membantu.”

Ahmad Marzuki Kempen Yoodo Bola

Ahmad Marzuki, 40, dari Terengganu, pemenang jersi yang ditandatangai Messi bersetuju, kerana dia memilih Yoodo selepas membandingkan harga antara telco yang berbeza.

“Yoodo adalah yang terbaik dari segi mampu milik.”

Phoon Shiuh Jer Kempen Yoodo Bola

Jersi yang ditandatangani Neymar telah dimenangi oleh Phoon Shiuh Jer, 22,  dari Seremban. Merupakan penyokong Manchester United, dia merupakan pelanggan Yoodo sejak awal Februari lalu.

“Saya sangat menyukai Yoodo kerana ia berpatutan dan pelan saya mengikut pilihan sendiri. Kerana fleksibilitinya, saya menukar pelan setiap bulan. Pembekal perkhidmatan lain kadang-kadang memberikan banyak data yang tidak digunakan,”.

Dia mengetahui mengenai peraduan Yoodo Bola ketika melihat IG Stories Yoodo di laman Instagram @yoodomy.

Merasakan peraduan tersebut mudah untuk disertai, dia kini berasa sangat bertuah kerana telah memenangi jersi yang ditandatangani.

Yoodo 20GB Percuma

Senarai pemenang peraduan Yoodo Bola :

  1. Lai Kuan Soon – Jersi Hazard
  2. Kevin Kumar – Jersi Hazard
  3. Phoon Shiuh Jer – Jersi Neymar
  4. Anuar Abd Rahman – Jersi Neymar
  5. Syed Ahmad Marzuki Bin Syed Abdullah – Jersi Messi
  6. LT M Alif Bin Abd Hamid – Jersi Messi

Tahniah kepada semua pemenang.

Untuk pengetahuan anda, Yoodo merupakan pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna pilihan dan kawalan muktamad untuk menyesuaikan sepenuhnya pelan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa gimik, caj tersembunyi atau komitmen.

Yoodo kini menawarkan promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan September. Aktifkan SIM Yoodo pertama anda dan dapatkan 20GB data secara percuma.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “6 Pemenang Jersi Bertandatangan Messi, Neymar Dan Hazard Dari Yoodo

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *