You are here
Home > Iklan > Advertorial > Rumah Terbuka Hari Raya Kundang Estates Sales Gallery Anjuran Gamuda Land

Rumah Terbuka Hari Raya Kundang Estates Sales Gallery Anjuran Gamuda Land

Gamuda Land - Kundang Estates Property Gallery
Alhamdulillah, Bro sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri majlis sambutan rumah terbuka hari raya di Kundang Estates Sales Gallery, Rawang.

Ianya tidak beberapa jauh dari rumah Bro, maka apa salahnya Bro hadiri majlis mereka. Sesambil itu, dapat juga melihat beberapa projek dari Gamuda Land di kawasan sekitar.

Mana tahu, ada yang berkenan dihati.

Menang Cabutan Bertuah Gamuda Land Kundang Estates

Niat dihati, nak beraya. Tak sangka pula menang hadiah cabutan bertuah. Semua tetamu yang hadir layak untuk sertainya. Jika tak salah Bro, hadiah utamanya merupakan peti ais & mesin basuh.

Rugi siapa yang tak datang hari itu.

Tapi, jika anda berkesempatan, Kundang Estates Sales Gallery sentiasa dibuka untuk anda kunjungi.

Ketika ini, pembinaan Fasa 1 telah hampir siap. Mungkin anda boleh lihat beberapa fasa projek yang akan dilaksanakan kelak oleh Gamuda Land disekitar kawasan ini.

Mana tahu, ada hartanah yang berkenan dihati anda.

Bila sebut pasal hartanah, Bro nak kongsikan gambar yang sempat Bro ambil ketika mengunjungi rumah contoh yang dipamerkan disini.

Citron Homes (24′ x 70′)
Show House Gamuda Land’s Kundang Estates

Show House Gamuda Land’s Kundang Estates

Citron Homes mempunyai keluasan 24′ x 70′ boleh dikatakan unit terluas yang dijual disini. Membolehkan lebih banyak ruang tersedia. Dari ruang tamu hingga ke dapur.

Lebih menarik lagi, kebanyakan bilik mempunyai ruang lebih luas / lebar.

Valerian Homes (20′ x 70′)

Show House Gamuda Land’s Kundang Estates

Show House Gamuda Land’s Kundang Estates

Valerian Homes dengan keluasan 20′ x 70′ boleh dikatakan selesa dan nampak sempurna. Keluasan digunakan sebaik mungkin walaupun mempunyai perabot tetap nampak ianya luas.

Lebih menarik, bila ruang dapurnya lebih luas dan terbahagi kepada dua yakni dapur kering & dapur basah dibelakangnya. Maka ruang belakang rumah digunakan sebaik mungkin untuk meluaskan ruang dapur tanpa perlu anda menambahnya di kemudian hari.

Boleh dikatakan ia antara rumah idaman Bro juga nie.

Cik Manggis Gamuda Land Kundang

Sambutan rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran penyanyi – Cik Manggis, dimana beliau turut beramah mesra bersama pengunjung yang hadir serta mendendangkan beberapa buah lagu.

Siap ada anak tetamu yang hadir naik atas pentas untuk turut menari bersama dengan Cik Manggis.

Boleh dikatakan pengunjung yang hadir terhibur dengan telah mereka.

Bermain Congkak - Permainan Tradisional

Giant Bubble

Terdapat juga beberapa aktiviti dianjurkan seperti Tangkap ayam, Tarik Upih, Batu Seremban, Giant Bubble & Congkak.

Bagaimanapun anak Bro hanya bermain congkak (sebab pernah ajar dorang main dulu), Giant Bubble (fav mereka berdua) dan Tarik Upih (itu pun naik sekali je, sebab terjatuh masa kena tarik terus tak nak naik dah).

Cuma part tangkap ayam, mereka tak nak… Takut katanya.

Timb Dekan Misyer

Tak sangka pula bertemu dengan Timbalan Dekan Falkuti sewaktu Bro zaman U dulu. Lebih tak sangka, dia masih ingat nama Bro walaupun sudah lebih 10 tahun (Nampak sangat Bro nie student yang nakal sampai dia pun ingat nama).

Beliau beli salah satu rumah fasa 1 di Kundang Estates ini. Nampaknya, berjiran la kami.

Bagi anda yang ingin melihat atau mencari rumah idaman, anda boleh datang ke :-

Kundang Estates Sales Gallery
Lot 24680, Jalan Kundang-Tasik Puteri
Bandar Baru Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan

Waze : Klik HERE.

Telefon : +603 6034 2882
Website : https://gamudaland.com.my/kundangestates/features/index.html

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Rumah Terbuka Hari Raya Kundang Estates Sales Gallery Anjuran Gamuda Land

  1. Tengah cari rumah sesuai untuk retirement. So far target cyberjaya sebab harga still kena bajet. Kundang Estate ni menarik juga but…too far la from my working place in KL.

  2. Wahhh bro ! Beli rumah ke tu. Nampk menarik perumahan di sana. Nak beli belum berkemampuan lagi. Hihi. Maintain je erk body n wajah timbalan dekan tu. Nampak muda pulak tu. Anyway, tahniah bro menang cabutan bertuah !

  3. rezeki bro tu.Dapat hamper.. Meriah betul acara kat sana.Betul betul terasa suasana kampung lah.Ada congkak main tarik upih tu semua..,memang terbaik.Terimbau sikit sikit zaman kanak knak ina ni.

  4. eiiii suka lah tengok dia punya susunan barang nampak cantik dan lembut je penggunaan warna kelabu… ugh kalau laki ku gaji 50k sebulan Insha Allah kitaorang beli lagi satu rumah hahahaa

  5. wa untungla Bro! Congratulations to you. It’s time to buy a new house for my family too. need a bigger space for the growing family soon. thanks for sharing

  6. Seronoknya…dahlh pergi rumah terbuka lps tu dapat hadih pulak..jeles sis tau.
    Sis belum berkemampuan nak beli rumah besar cam tu..mmg teringin tapi tak tahu lah bilanya mampu..hehehe

Leave a Reply

Top