Bersama Kaio di Kaio Studio, Shah Alam

Dua hari lepas berpeluang berjumpa sebentar dengan sorang sahabat (boleh dikatakan setahun sekali jumpa kot), Khairul Anwar Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Kaio, seorang jurugambar profesional.

Setiap kali berjumpa, Bro diajukan dengan 2 soalan yang sama & sentiasa terpacul dari mulut dia ;-

  1. Buat apa sekarang?
  2. Apa perancangan dalam 5 tahun akan datang?

Apa yang Bro jawap?

Jawapan bagi soalan pertama lebih kurang sama (duduk rumah, jaga anak) + ada penambahan sedikit.

Bagaimanapun jawapan bagi soalan kedua? Tak sama langsung….

Kalau soalan kedua ditanya sebulan yang lepas. Pasti tak sama dengan jawapan ketika ini.

Tauhu Begedil Kolin Zainal Kenapa ianya terjadi?

Kita memang boleh set matlamat, cuma dalam tempoh 5 tahun, apa2 pun boleh terjadi.

Macam Bro, beberapa bulan yang lepas dah plan nak terlibat dalam dunia pertanian. Dah usha bajet + lokasi pertanian yang ingin diusahakan.

Tertiba-tiba ada ‘sesuatu’ terjadi, terus bro berubah plan dan mula terlibat dalam dunia ‘oil & gas’. Alhamdulillah, permulaan sebulan pertama kami berjalan dengan lancar.

Dari tempahan catering kecil-kecilan, kepada makanan frozen. Dan yang terbaru, tauhu begedil yang tiba-tiba mendapat pemintaan yang tinggi. Tak cukup tangan dibuatnya.

Alhamdulillah, Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.

Hujung minggu ini, dapur terpaksa direhatkan seketika. Perlu restock & perkemaskan untuk menampung permintaan yang tinggi pada minggu hadapan.

Bicara Bro : Ofis Kaio Studio berwajah baru. Tak boleh main redah je macam dulu. Staf & projek juga telah bertambah.

Syukur sangat bila dapat meluangkan masa walaupun sekadar 10 minit dengan Khairul Anwar Abdullah (Kaio), macam dapat bersembang selama sejam. Padat je isi perbualannya.

Berdoa Joe Labu

Tak semestinya kita berdoa ketika berada dalam kesusahan / kesempitan. Berdoa juga ketika kita senang / bahagia.

Berdoa, berdoa dan berdoa. Pastikan berdoa yang baik-baik sahaja ;)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter