You are here
Home > Terkini > Selamat Hari Raja Aidil Fitri 2018, Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raja Aidil Fitri 2018, Maaf Zahir & Batin

Bro Framestone's Family 2018
Selamat hari raya aidil fitri buat rakan-rakan pembaca blog ini.

Ampun maaf dipinta sekiranya sepanjang anda membaca posting di blog ini, ada yang tidak sesuai atau berkenan pada diri anda.

Begitu juga buat mereka yang mengikuti laman sosial Bro.

Raya tahun ini, puan isteri terpaksa korbankan cuti rayanya (kalau ikutkan tahun ini, turn dia bercuti). Sebab nak guna cuti raya pada penghujung bulan ini untuk menguruskan majlis perkahwinan adik dia (adik ipar bro la tue).

Raya SedondonDi sebabkan dia anak sulung, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Bro juga tidak terkecuali.

Sebut pasal kahwin,

Bulan 7 ini, adik Bro bakal berkahwin lagi (rezeki dia).

Manakala pada bulan 8 pula, adik Bro paling bongsu pula akan berkahwin. Memang pack juga jadual bila puan isteri jadi orang penting dalam setiap majlis.

Esok, Bro akan bertolak balik ke Perak (family orang sana) & Khamisnya, Puan Isteri akan pulang ke ibu kota untuk berkerja dan stay di Hospital hingga ke hari Sabtu.

Jadual kerjanya agak padat bila staf tidak mencukupi pada shif tertentu. Terpaksa cover mana-mana shif yang kekurangan staf. Patut la dapat Anugerah Khidmat Cemerlang baru-baru ini.

Sabtu dia akan pulang ke Perak & Ahad akan masuk kerja semula.

Perghhhh…!!

Mungkin Ahad Bro akan ikut balik sama. Lagipun raya dekat kampung bukan dapat beraya ke mana-mana pun. Memember pun ramai yang busy, bila tanya dalam group whatsapp memasing beraya belah mertua.

Tak pe la.

So sepanjang 3 hari raya, Bro ada di rumah. Tak beraya ke mana-mana. Jika nak mai beraya, bagitau awal-awal.

Apa2 pun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.

Nota Kaki : Gambar raya sekeluarga diambil sewaktu awal Ramadan di Johor, menggunakan Huawei Nova 2i Lite.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Selamat Hari Raja Aidil Fitri 2018, Maaf Zahir & Batin

Leave a Reply

Top